20140808

KAMA THE SURFER.

Ini memang sangat pelik. Berlaku di kepulauan Hawai. Memperkenalkan Kama si 'pig' yang gemar bermain surfing. Pemiliknya yang bernama Kai Holt mengatakan haiwan ini dia jumpai berenang-renang di sebuah kolam. Waktu itu Kama baru berusia 1 minggu. Dia mengambil keputusan untuk memelihara Kama. Dan apabila dia membawa haiwan itu ke laut, Kama terus naik ke surfing board dan bersurfing bersama-sama tuannya tanpa ketakutan.

Mengikut kata tuannya, Kama sekarang mampu untuk mengimbangkan badan mengikut gerakan ombak seperti surfer profesional.


20140807

PURE ADVENTURE.


"Life is pure adventure, and the sooner we realize that, the quicker we will be able to treat life as art."

Maya Angelou.

  

20140806

KAYAK LUT SINAR.


Satu revolusi terbaru dalam pembuatan kayak adalah 'kayak lut-sinar' (transparent kayak). Ianya dicipta bagi memaksimakan pengalaman berkayak. Kini pendayung dapat melihat apa sahaja yang berada di bawah kayak mereka. Memang ohsem jika kita dapat melihat terumbu karang dan ikan-ikan berenang di bawah kayak lut-sinar. Lagi ohsem kalau dapat lihat ikan jerung atau buaya main kenyit mata dari bawah kayak. Hehe

20140805

HIDUP UMPAMA SUNGAI.


Hidup umpama sungai mengalir, tidak mungkin dapat berpatah balik ke hulu. Yang penting kita sentiasa redha dengan yang lepas, bersyukur dengan yang sekarang dan sentiasa melihat yang akan datang dengan fikiran positif.
   

20140803

SURVEY KOTA DAMANSARA COMMUNITY FOREST RESERVE.

Saya pernah terbaca mengenai Kota Damansara Community Forest Reserve beberapa bulan lalu di internet. Saya langsung tak sangka ada tempat untuk ber'jungle trekking 10 minit dari rumah saya. Malah ia telah di gazetkan sebagai hutan simpan sejak 2010 lagi. Rasa sedikit malu apabila info sebegini terlepas dari pandangan.

Apa yang menarik minat saya adalah sebuah tasik yang terletak disana. Dalam portal Star Online bertarikh 27.4.10, ada gambar pelawat yang berkayak di tasik itu. Tasiknya kelihatan hijau, bersih dan nampak menarik sekali. Lihat gambar dibawah:

Gambar di Star Online 27.5.10
Memang cantik bukan? Sebagai peminat kayak, tasik ini perlu saya terjah segera. Maka petang tadi saya berangkatlah ke Kota Damansara mengikuti arahan GPS. Tak sampai 10 minit saya sampai disana. Saya parking depan Sekolah Menengah Seksyen 10, Kota Damansara.

Disebabkan pertama kali sampai, jadi saya ingin mencuba denai jungle trekking yang memang dibuat khas untuk pelawat beriadah dan bersiar-siar dalam hutan komuniti ini. Ada 3 jenis denai yang kita boleh pilih iaitu Petaling trail (kurang dari 1 km), Scout trail (dalam 2 km) dan Temuan Trail yang bersambung dengan Scout trail (total dalam 4km). 

Kerana jam menunjukkan pukul 5 petang, saya mengambil keputusan untuk memilih 2 denai sahaja iaitu Scout trail diikuti dengan Petaling trail yang mengelilingi tasik. Laluan di denai ini amat jelas dan mudah. Sesuai untuk ibubapa yang membawa anak kecil dan orang berusia.

3 Jenis Denai
Pintu masuk denai paling hujung (Scout Trail)
Perisian android TRACKME di hp saya menunjukkan total perjalanan 2.8km, altitude: 38/114 m.
Matahari semakin redup dan kanopi pohon-pohon di sini menjadikan keadaan agak kelam. Oleh itu selepas ber'jungle trekking, saya segera memerhatikan keadaan tasik. Hmm..

Permukaan tasik dipenuhi kayu-kayu mati dan rumpai air yang berselirat. Air kelihatan keruh dek mendapan kayu dan dedaun reput. Langsung tidak seperti yang dipamirkan dalam akhbar 4 tahun dulu. Saya rasa ia tidak sesuai untuk aktiviti berkayak. At least bukan untuk jangka masa terdekat ini. 

Namun mungkin sesuai bagi kaki pancing. Sesekali kelihatan ikan mengocak permukaan tasik. Ada juga 2-3 pemancing sedang asyik dengan batang rod masing-masing. Tidak pula saya bertanya kepada mereka samada lumayan atau tidak hasil tangkapannya.

Uncle Tat (bukan nama sebenar) sedang menarik rapala yang tersangkut pada kayu mati.


 Gambar-gambar yang sempat ditangkap. Klik imej untuk zoom.

Kesimpulan: Hutan Simpan Komuniti Kota Damansara ini agak unik kerana terletak ditengah-tengah kawasan perumahan yang padat. Mengikut laman web rasmi mereka, menunjukkan telah berlangsung beberapa program gotong-royong membersihan tasik dan kawasan hutan ini pada tahun 2013. Mungkin tahun ini program itu belum lagi dilaksanakan. Mungkin tasik ini akan menjadi ohsem setelah dibersihkan semula. Mungkin pada masa itu saya dapat melabuhkan kayak saya di sini. Segala-galanya mungkin :)