20141002

KURSUS KAYAK STAR 1 (TITIWANGSA)


Jemputan kepada mereka yang berminat. Terbuka kepada umum dan beginner.
Kursus Kayak STAR 1.


Tarikh : 1-2 nov 2014 (Sabtu - Ahad)
Masa : 7.30am - 6.00pm
Tempat : Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur
Penyertaan : Maksimum 15 orang sahaja
Yuran : RM 75/org (nota, jurulatih, peralatan shj) - makan & penginapan SENDIRI.

Anjuran : Buddy First Resources

DENGAN KERJASAMA :
* Persatuan Kanu Malaysia (MASCA)
* Lembaga Pendidikan Kanu Kebangsaan (MBOCE)
* Persatuan Sukan Kanu Kuala Lumpur (KLCSA)

TARIKH TUTUP PENYERTAAN berserta BAYARAN 23 OKTOBER 2014 (Khamis)

Berminat?
Whatsapp:  017-637 7803
   

20141001

BAGAIMANA MEMILIH KASUT UNTUK BERKAYAK.


Sewaktu mula-mula menceburi aktiviti berkayak, saya tertanya-tanya kasut apakah yang sesuai untuk aktiviti ini. Macam-macam jawapan yang saya dapat dari pelbagai sumber. Ada yang mengatakan water shoes (translate kasut air?), ada yang pilih sandal, malah ada yang kata pakai selipar jepun pun boleh.

Namun jawapan yang terbaik rasanya perlu datang dari pengalaman sendiri. Saya ingin bertanya 1 soalan. Pernah tak pasir atau batu-batu kecil masuk ke dalam kasut anda? bagaimana rasanya? rimas? tidak selesa? Ianya tidak dapat dielakkan dalam berkayak terutamanya dalam ekspedisi seharian atau lebih.

Oleh itu, saya mengambil kira 4 kriteria sebelum membeli kasut untuk berkayak. Kriteria ini jarang diperkatakan oleh kayakers tetapi pada saya agak penting demi keselesaan sewaktu berkayak. 

4 kriteria itu adalah:
  1. Mudah masuk, susah keluar.
  2. Susah masuk, susah keluar.
  3. Mudah masuk, mudah keluar,
  4. Susah masuk, mudah keluar.
Bunyi macam pelik. jom kita lihat penerangan setiap kriteria tersebut.

1. Mudah masuk, susah keluar.
Kasut jenis ini adalah kasut yang paling menganggu keselesaan sewaktu aktiviti berkayak. ia mempunyai lubang-lubang kecil yang kononnya untuk memudahkan air keluar masuk. Masalahnya pasir-pasir halus mudah memasuki kasut melalui lubang-lubang tadi tetapi sukar untuk  keluar semula hinggalah anda terpaksa membuka kasut dan mengeluarkan ia secara manual. Contoh-contoh kasut sebegini seperti:

Cantik. Tetapi ianya adalah perangkap pasir dan batu-batu kecil.
Saya rasa ia lebih sesuai untuk aktiviti hiking. Sistem pengudaraannya adalah sangat superb.

2. Susah masuk, susah keluar.
Kebanyakkan kasut khas untuk sukan air jatuh dalam kategori ini. Selalunya ia diperbuat dari fabrik neoprene yang elastik membuatkan ia mengikut bentuk kaki hingga tiada ruang untuk pasir atau batu-batu kecil masuk ke dalamnya. Namun andai kata ada pasir yang dapat masuk, ianya tidak akan keluar kecuali anda membuka kasut dan mengeluarkan ia sendiri. Contoh-contoh kasut sebegini seperti:

Kasut khas untuk aktiviti air.
Pasir sukar masuk. Tapi kalau dapat masuk memang susah keluar. Kena buka kasut untuk keluarkannya.

3. Senang masuk, senang keluar.
Kebanyakkan sandal (bukan semua) adalah didalam kategori ini. Pasir mudah masuk dan mudah keluar. Anda akan rasa dibawah telapak kaki penuh dengan butiran pasir apabila berjalan di dalam air. Namun bila anda naik ke atas kayak, anda hanya perlu goyang-goyangkan kaki seketika dalam air dan pasir-pasir tadi akan keluar dengan mudah. Contoh kasut yang jenis ini:
Pasir mudah masuk dan keluar.
Ianya lebih cepat kering berbanding kasut biasa.

4. Susah masuk, senang keluar.
Saya tidak pasti samada kasut kriteria ini wujud atau tidak. Jika ia wujud, mungkin inilah kasut paling ideal untuk saya gunakan semasa berkayak.
--------------------

Saya lebih suka memilih kasut kriteria ke-3 kerana ianya tidak memerlukan saya membuka kasut untuk membuang pasir. Namun perlu diingat, ada faktor-faktor lain yang perlu juga diambil kira dalam memilih kasut untuk berkayak seperti kualiti kasut, cepat kering atau tidak, geografi kawasan yang kita akan berkayak, panjang-pendek tempoh ekspedisi, jenis aktiviti (contoh berkayak 1 jam kemudian jungle trekking 8 jam) dan lain-lain.
 
PS: Saya pernah menggunakan selipar jepun untuk berkayak atas nasihat seseorang. Akhirnya selipar saya telah melekat pada selut lumpur semasa kayak terbalik dan tidak dapat dijumpai hingga sekarang. Mungkin ia berkubur di dasar sungai untuk selama-lamanya.


20140928

THOUGHT FOR THE DAY.


“If you are always trying to be normal, you will never know how amazing you can be.”

― Maya Angelou