20130609

Antara Admin dan Marketing.

Salam hormat sahabat semua.

Sedikit perkongsian dari saya sekiranya bermanfaat.:)


Admin vs Marketing. 

Sering usahawan baru (dan lama) terperangkap dengan konflik antara tugasan admin (pengurusan sistem, inventori, agen, invois, sewa premis dan lain-lain) dan marketing (pemasaran, pengiklanan, networking dan lain-lain).

Tahu tak perkara yang PALING SIA-SIA seorang businessman buat adalah.:
TERLEBIH FOKUS pada PERKARA REMEH-TEMEH dan 'stuck' pada tugasan ADMIN...

Anda sebagai pemilik bisnes sepatutnya lebihkan fokus kepada MARKETING &NETWORKING. Jangan buat kerja2 admin (seperti buat kira2, check untung/rugi) secara manual jika anda boleh outsource.

Tidak dinafikan admin itu penting, tetapi sebagai usahawan, fokus perlu lebih kepada marketing!

Siapa tahu, semasa anda fokus buat kerja ADMIN seperti kira-kira, analisa prestasi agen dan lain-lain, pesaing anda yang jual produk sama dah dapat 5 PELANGGAN sebab mereka ada lebih masa untuk fokus pada MARKETING.

Persoalannya, bagaimana kita ingin mempercepatkan dan mempermudahkan urusan ADMIN bisnes kita?

Ok, sekarang..jika anda SERIUS tentang bisnes anda, saya ingin kongsi satu sistem automasi yang telah membantu saya mengurangkan 90% masa bekerja saya & meningkatkan 90% produktiviti bisnes saya. (Sistem ini bukan produk saya ya. Saya pun beli dari tuannya).

Sistem yang boleh mengurus semua kerja-kerja ADMIN bisnes anda.. jadi anda tidak perlu bazirkan masa berharga anda membuat kerja2 remeh. Kata KUNCI disini adalah CEPAT dan MUDAH.

Sistem ini merangkumi:

1)    Sistem Pengurusan Inventori Stok
2)    Sistem Pengurusan Jualan
3)    Sistem Pengurusan Pelanggan
4)    Sistem Pengurusan Agen Dropship
5)    Sistem Pengurusan Pekerja
6)    Sistem Pengurusan Petty Cash

Segala jadual sudah siap. Tinggal anda isi sahaja dengan info-info bisnes anda. Klik pada imej di bawah untuk info lanjut:



Terima kasih kerana sudi luangkan masa membaca.:)

20130211

Reset Minda Bersama Prof Dr Muhaya - Sains Kehidupan

Saya dapati video ini AMAT BERNILAI & BERHARGA. Moga menjadi manfaat kepada semua yang menonton. Amin :)

20130127

Talking Money.


Most people think they know me.

They don't.

I am not what most people think I am. I am not the paper in your wallet, or the coins that jingle in your purse. I am not quietly sitting in your bank account, hoping to be used one day.

You cannot see me, feel me or touch me.

I am an idea. I am energy.

I'm neither good nor evil. I am only what you decide that I am, and I fulfill the role that you create for me.

I don't care how smart you are, where you live, what you do, or where you come from.

All I care about is your energy.

Your energy decides what thoughts you have, and therefore your thoughts will determine the relationship you have with me.

I have very simple needs, and simple rules.

I am infinite.

I have no limits, except for those you place on me with your mind. There is no limit to the energy in the world, and because I am simply energy, I cannot be restricted or controlled.

I crave abundance.

I am attracted to those who think without restrictions, who like to think big. When you believe there is enough of me to go around, I am naturally magnetized by that thinking.

I despise scarcity.

Because there is no limit to me, I avoid those who think from a win/lose or scarcity perspective. Those who believe I am in short supply, or difficult to receive, will find that very reality, because I choose to avoid those who think small.

I love value.

What magnetizes me most is the creation of value in the universe. I move to places where value is created, because creation is energy. If you wish to attract me into your life, focus on creating value for others, and I will appear.

I avoid entitlement and complacency.

No one 'deserves' to have me, and I am always moving to the place I am most respected and where value is created. It has nothing to do with 'fair'. Those who take me for granted or become complacent with my energy will find me gone.

I only have one job, and that is to serve you.

It is a matter of energy and value creation. My purpose is simply to move to where I am attracted most, and where I can grow.

My one goal is to replicate myself.

Because there is no limit to energy, my purpose is to reproduce and grow, in order to bring more energy to the universe. I am created and replicated through value creation. I am an energy of evolution.

The message for you should be clear. Those who create value for others in the world will find me in their lives.

I am whatever you believe me to be.

So what you believe about me can make you miserable, or what you believe can enable you to perform miracles.

I'm neither positive, nor negative.

I am what you decide I am.

If you fear me in any way, I can crush your ability to survive. If you get to know me, I can make your life flourish and your dreams come alive.

I can be your master, or I can be your servant.

I am only what you make me.

So, the relationship we have together will be determined by you.

Isn't it time we got to know each other better?

20120801

Tip Perniagaan Online. Part 2: Peranan Laman Web.

Pelbagai media sosial seperti Facebook, Tweeter, dan lain-lain berkembang dengan pesat dewasa ini. Justeru, ada usahawan-usahawan newbie yang mengabaikan tool pemasaran online yang paling asas iaitu laman web. 

Sebenarnya laman web adalah kedai utama perniagaan online anda. Tidak kiralah anda memasarkan produk melalui Facebook atau menggunakan email autoresponder, anda WAJIB mempunyai website. Ia merupakan tempat rujukan utama pelanggan anda. Kebanyakkan pelanggan online hanya akan membeli selepas mereka melawat laman web rasmi seseorang penjual. Lantaran itu, usahawan online perlu berkorban sedikit masa bagi melengkapkan laman web dengan segala info yang ada mengenai produk atau servis mereka.

Laman web seseorang usahawan adalah maruah bisnes dan ia melambangkan profesionalisme mereka. Ia menunjukkan bahawa usahawan tersebut serius dalam perniagaan mereka. Jika laman web anda tidak lengkap dan kelihatan meragukan, prospek atau bakal pelanggan mungkin akan tawar hati untuk berurusan dengan anda. Lagi parah jika anda langsung tidak mempunyai laman web. Rules of the thumb, pelanggan suka berurusan dengan peniaga yang serius dalam perniagaan, bukan peniaga yang berniaga sambil lewa.


Secara psikologi, pelanggan akan membeli dari usahawan atau jenama yang mereka familiar (selalu  nampak, dengar, dan ingat). Menurut kajian, 98% bakal pelanggan tidak akan membeli semasa pertama kali mereka melihat jenama anda. Kebarangkalian mereka mula membeli selepas 8 kali mereka melihat atau mendengar mengenai anda. Disinilah peranan laman web dalam meningkatkan jualan sesebuah perniagaan.

Sebagai contoh, anda penjual kek dan anda mengedarkan flyer yang tertera alamat laman web anda. Apabila prospek (bakal pelanggan) menerima flyer anda, mereka akan membuka laman web yang tertera.  Apabila mereka membuka laman web anda, secara tidak langsung jenama, produk dan wajah anda memasuki memori mereka. Setiap kali prospek melayari laman web anda, semakin melekat imej bisnes anda di dalam minda mereka. Kelebihan internet yang sentiasa terbuka 24 jam tanpa henti boleh menjadikan anda dan jenama anda lebih cepat diingati. Maka jika satu hari prospek ingin membeli kek, siapa yang mereka akan ingat? Tentulah anda! Bayangkan jika anda tidak mempunyai laman web, tentu nama anda terhapus dari lipatan kenangan.  Yang paling sedihnya, pesaing anda yang mempunyai laman web lebih diingati oleh mereka.

Di bawah adalah gambaran ringkas mengenai peranan laman web dalam menukar prospek kepada pelanggan:


Ini adalah satu dari senario bagaimana urusniaga berlaku. Pendek kata, laman web yang lengkap, menarik dan profesional dapat meningkatkan keuntungan anda samada dalam jangka pendek mahupun panjang. Tidak kira anda usahawan online ataupun offline, laman web dapat membantu perniagaan anda.

Bayangkan pada suatu hari, anda tidak membawa flyer dan tiba-tiba ada prospek bertanya mengenai produk. Takala itu pula anda ada urusan penting untuk dihadiri. Jika anda ada laman web, tentu anda boleh terus beri alamat laman web anda kepada prospek tersebut. TETAPI, jika anda tiada laman web? Kan susah..

Ok para hadirin sekalian (macam baca kutbah plak), saya ingin mengundur diri. Terpanjang pula coretan hari ini. Moga bermanafaat buat hamba dan para pelawat laman web hamba yang terpencil ini. Salam Ramadhan.

20120730

Tip Perniagaan Online. Part 1: Foto Anda.


Dalam membina blog atau website perniagaan, ada pelbagai aspek yang perlu diambil kira. Kecantikan blog semata-mata tidak menjamin pelawat akan membeli dari blog tersebut. Contohnya sesebuah blog perlulah mempunyai nilai realibiliti yang tinggi. Dengan kata lain, adakah pelawat yakin yang mereka selamat berurus niaga dengan anda. Salah satu cara untuk menjadikan sesebuah blog reliable adalah dengan meletakkan gambar anda di dalam blog atau website perniagaan anda. Letakkan gambar yang menunjukkan imej anda yang terbaik atau yang sesuai dengan tema perniagaan. Jangan pula letakkan gambar anda sedang berenang di swimming pool kecualilah blog itu mempromosikan kelas belajar berenang.

Gambar anda memainkan peranan yang amat penting dalam meraih keyakinan pelawat. Gambar anda tersenyum mempamirkan anda seorang yang peramah, mudah untuk berurusan dalam jual beli. Jika gambar anda serius, berkot dan bertali leher, itu menunjukkan anda seorang yang serius dalam perniagaan. Imej sebegini berkesan bagi menarik rakan bisnes, stokis, downline dan pelanggan insuran. Lantaran itu kita lihat ramai leader-leader MLM berpakaian seperti ini. Jangan sesekali meletakkan gambar anda yang 'masam' dan selekeh, kerana itu akan membuatkan pelawat-pelawat anda hilang kepercayaan kepada perniaggan anda. Ingat, imej adalah penting.

Secara ringkas, website atau blog perniagaan adalah sama seperti perniagaan offline. Pelanggan akan membeli hanya jika mereka yakin dan percaya dengan kita. Pelanggan lebih suka memilih kedai yang mereka percaya dari kedai yang mereka ragu-ragu. Itu adalah logik dalam dunia bisnes.

Jika perniagaan anda atau jenama anda sudah terkenal, selalu masuk akhbar, TV atau majalah, soal reabiliti menggunakan foto tidak lagi penting. Namun bagi mereka yang baru bermula (newbie), jangan abaikan soal ini. Pilih gambar anda yang terbaik dan pamirkan ia dalam laman web atau blog anda. Jangan sesekali bersembunyi di balik produk. Sebaliknya berdiri dengan berani dihadapan produk anda.

Salam Ramadhan. Moga bertambah sukses di bulan yang mulia ini!

20120726

Cendol

Petikan dari akhbar Metro:


TANJUNG KARANG: “Saya pernah diisytiharkan muflis hingga wang seringgit pun tiada dalam poket dan bank,” kata Muhamad Burhan Salikon, 45, peniaga cendol di sini yang mampu meraih pendapatan antara RM90,000 hingga RM120,000 sebulan.

Muhamad Burhan yang memiliki gerai Cendol Durian Burhan di tepi Jalan Kuala Selangor - Tanjung Karang, di sini memulakan perniagaan itu sejak 1997 dengan pendapatan RM90 sehari sebelum menerima bantuan perniagaan daripada Lembaga Zakat Selangor (LZS) pada 2008.

Katanya, dia mula menjual cendol menggunakan basikal roda tiga pada 1997 sebelum perniagaannya maju hingga mampu membeli lori dan beberapa van serta menggaji pekerja.

Muhamad Burhan berkata, selepas perniagaan cendolnya maju, dia cuba menjalankan perniagaan berkaitan balak dan kayu getah, namun bapa kepada sembilan anak ini tersilap langkah hingga diisytiharkan muflis pada 2002.

“Waktu itu memang susah. Bayangkan anak sedang membesar dan saya tiba-tiba hilang segala-galanya...



Nota:
1. Amacam? hehe. Senyum tak perlu kata apa-apa.
2. Salah satu 'To Do List' saya hari ini adalah cari cendol untuk berbuka puasa nanti.

20120719

Kebaikan Bekerja Dari Rumah

 

Lagenda tinju, Muhammad Ali yang juga dikenali sebagai Cassius Clay, pernah berkata:
“Apa yang penting bukanlah berapa banyak wang yang anda perolehi, tetapi bagaimana anda membelanjakan wang yang sedikit.”
Bagi saya, rahsia menyimpan wang ialah dengan mengurangkan perbelanjaan dengan bekerja dari rumah dan mengawal belanjawan.

Sejak saya berhenti kerja dari agensi kerajaan, saya telah bekerja dari rumah. Ia telah mengajar saya bagaimana hidup dengan pendapatan yang sedikit tetapi perbelanjaan yang kecil.

Saya berjaya melakukannya, malah mampu menyimpan lebih banyak daripada yang saya dapat simpan sebelum ini. Ia mungkin kedengaran mustahil: “Pendapatan anda kurang; inflasi sedang berlaku – harga barang-barang mahal tetapi anda kata anda boleh menyimpan lebih banyak. Benarkah?” Aneh, bukan?

Pertama sekali, apabila anda bekerja dari rumah, masa anda kurang dihabiskan di jalanraya dan ini bermakna kereta anda kurang menerima tekanan. Oleh itu, bukan sahaja kos untuk petrol akan berkurangan tetapi juga kos membaiki dan menyelenggarakan kereta.

Sedarkah anda bahawa setiap kali anda membawa kereta berjumpa mekanik, anda terpaksa membayar lebih kerana anda selalunya terpaksa membaiki bahagian yang sebenarnya masih berfungsi dengan baik? Saya pasti kebanyakan dari anda hanya menyerahkan bulat-bulat kepada mereka yang pakar untuk menentukan apa yang baik untuk kereta anda.

Dengan bekerja dari rumah juga, anda tidak perlu menukar kereta atau membeli pakaian baru kerana pakaian yang ringkas adalah lebih sesuai apabila anda bekerja di rumah. Ke pejabat, anda mungkin berpakaian cantik, tetapi di rumah tidak perlu. Anda bukan sahaja dapat menjimatkan wang membeli pakaian yang mahal, beg dan kasut yang sedondong, tetapi anda juga dapat berjimat dari membeli alat solek. Pernahkah anda terfikir bagaimana setiap kali pulang dari pejabat anda akan bergegas menukar pakaian yang lebih selesa? Tentu sekali pakaian biasa ini lebih murah dan selesa! Di rumah anda tidak perlu berhias.

Saya kenal ramai pekerja wanita yang gemar menghabiskan wang gaji mereka membeli alat solek dan pakaian. Saya juga kenal beberapa orang yang hidup dengan kad kredit semata-mata kerana terikut-ikut dengan gaya semasa. Oleh itu, anda dapat menjimatkan wang dengan bekerja dari rumah.

Jika anda bekerja dari rumah juga, anda dapat menjimatkan masa. Anda boleh merancang masa anda dengan lebih baik. Anda boleh pergi berbelanja barangan dapur semasa keluar membayar bil dan sebagainya. Masa berada di tangan anda dan anda tidak perlu melapor diri kepada sesiapa. Dengan ini, anda dapat menjimatkan masa yang boleh anda gunakan untuk membuat kerja anda di rumah. Apabila keluar berbelanja, buatlah senarai barang-barang yang perlu anda beli untuk mengelakkan berbelanja keterlaluan.

Saya tidak pernah berbelanja ketika perut lapar kerana anda tidak sedar akan tarikan gerai makanan ke atas selera anda semasa anda sedang lapar. Makan di rumah adalah lebih menyihatkan. Ini juga menjimatkan perbelanjaan perubatan, dan anda tidak perlu berulang-alik berjumpa doctor. Ini juga bermakna anda menjimatkan masa!

Anda hendaklah mengambil kesemua peluang yang datang apabila anda bekerja di rumah, kerana anda mempunyai banyak masa yang boleh dipergunakan untuk bekerja dan berekreasi. Bila anda mempunyai terlalu banyak artikel untuk ditulis – kadangkala tugasan ini datang sekaligus – anda dapat merancang masa anda untuk dipadankan dengan tugasan dan tarikh tutup. Anda adalah ketua anda sendiri!

Apabila anda bekerja di rumah, anda boleh mengambil pembantu separuh masa. Anda dapat berjimat dari mengambil pembantu rumah sepenuh masa. Kita semua tahu perbelanjaan untuk menggaji seorang pembantu rumah sepenuh masa adalah tinggi.

Bil elektrik, air dan telefon akan berkurangan kerana anda berada di rumah untuk mengawalnya. Tambahan pula, perniagaan dari rumah hanya memerlukan sedikit perbelanjaan tambahan kerana kebanyakan rumah sudah mempunyai perabot, telefon, komputer, malah mesin faksimili. Memulakan rumah-pejabat sungguh mudah. Lebih baik jika perabot tidak banyak kerana ini akan memberi ruang yang lebih luas untuk anda bergerak. Anda juga dapat belajar mempergunakan apa yang ada – improvasi ialah ciri-ciri seorang CEO rumah yang pintar. Gunakan kipas angin, bukannya pendingin hawa untuk menjaga alam sekitar dan menjimatkan tenaga kerana kipas angin menggunakan tenaga elektrik yang kurang.

Tentu sekali kos overhed dan perbelanjaan lain dapat dikurangkan kerana apabila anda bekerja dari rumah, anda tahu banyak perkara… tetapi ia tidak bermakna anda tidak mempunyai pengkhususan kerana anda boleh mengawal apa yang anda mampu lakukan. Anda boleh memilih tugasan dan klien dan menentukan tarikh tutup anda sendiri kerana anda adalah CEO.

Ingat, tiada siapa yang memaksa dan mendesak anda. Anda mencurahkan tenaga dan hasilnya adalah untuk anda juga. Jika anda bekerja dengan pintar, lebih banyak pendapatan yang boleh diperolehi. Dan ini tentu sekali mengurangkan tekanan.

Saya diminta menulis 15 artikel untuk laman web ini, dan oleh kerana masa berada di tangan saya, saya berjaya menyiapkan tugasan ini dengan cepat, dan saya terkejut apabila diberi lebih banyak tugasan. Ini bermakna saya beruntung kerana mempunyai lebih banyak artikel untuk ditulis. Dan tentu sekali lebih banyak pendapatan dan dengan tabiat berjimat-cermat dan kehendak yang tidak seberapa kerana saya bekerja di rumah, saya mempunyai wang simpanan yang lebih. Mungkin saya dapat melakukan lebih banyak ekspedisi pendakian – kesemuanya dengan bekerja dengan pintar dan bekerja dari rumah.

by Mrs Jagjeet Singh

Nota:
1. Kesimpulannya dalam bekerja sendiri, kita mempunyai kuasa untuk menentukan banyak perkara berkaitan kerja dan kehidupan. Namun ini juga bermaksud tindakan kita menentukan berapa pendapatan yang kita akan raih, bukannya orang lain.

2. Mrs. Jagjeet ada menyentuh soal guna kipas lebih baik berbanding aircond. Tapi saya terpaksa guna air-cond sebab takut komputer over-heated lagi. hehe