Ban Canal Sg.Sireh adalah suatu kawasan perkampungan yang sangat mendamaikan. Tali air dan sungainya yang panjang serta pemandangan sawah padinya memang memukau sesiapa yang mendambakan suasana tenang. Saya bersama 2 orang rakan menyusuri Ban Canal (Sungai Tengi) menggunakan kayak untuk merasai keheningan sungai ini. Suatu pengalaman yang sangat awesome.
|
Tiada masalah melawan arus kerana tidak deras. |
|
Diseberang sungai adalah hutan simpan. |
|
Sesuai untuk trip berkayak |
|
Mungkin banyak ikan di sini kerana ada kocakan di dalam air setiap kali saya menghampiri tebing berumput. |
|
Berehat sebentar sambil berteduh bawah pokok |
|
Bekal roti coklat dan air mineral. |
|
Pakai kayak cabuk pun ok je. Cuma life-jacket jangan lupa. Itu wajib. |
|
Lain kali nak xpdc sepanjang sungai sambil camping. Azam 2017. Hehe |
Aktiviti berkayak kali ini hanya untuk survey kawasan. Mungkin kami (atau saya secara solo) akan menyusuri sungai ini dari pangkal ke hujung sambil bercamping. Di Malaysia ni banyak tempat tersembunyi yang menarik yang saya tak tahu. Moga tahun baru nanti lebih banyak aktiviti yang dapat dilaksanakan. Amin.
terbaiklah. dapat mancing best nih
ReplyDeleteTry la mancing. Tapi tanya2 kat org situ kata tak banyak ikan. Tak tau la kalau diorg tipu. Haha
Deleteei.. tak ajak pun. WHyyy ...
ReplyDeleteweekdays maa.. You kerja. Hehe
Deletepernah pi dulu. Ada homestay kat sana. Ok la kaalu nak lari dari kesibukn kota
ReplyDeleteya. Betul tu
DeleteBos, mana bli lifejacket tu? bape RM?
ReplyDeleteRM70 beli kat mudah.my. Rasanya dah tak jual kot. Try la cari kat Mudah
Delete