20141111

INTELLECTUAL CONVERSATIONS.


"I have the deepest affection for intellectual conversations. The ability to just sit and talk. About love, about life, about anything, about everything. To sit under the moon with all the time in the world, the full-speed train that is our lives slowing to a crawl. Bound by no obligations, barred by no human limitations. To speak without regret or fear of consequence. To talk for hours and about what’s really important in life."
 
By: Unknown
     

20141027

ANTARA PUNCA PHOBIA AIR.


Mesti budak-budak tu trauma lepas main rafting ni. Kucing tu lagi la. Mungkin terus phobia bila tengok air. Hehe.

PS: Tapi jangan risau, saya yakin kucing itu hasil photoshop. ;)
 

20141022

SKEG LAURA SUDAH SAMPAI.

Skeg baru.
Jika sahabat semua pernah terbaca dalam post sebelum ini, kayak inflatable saya yang bernama Laura telah kehilangan skeg. Skeg adalah sejenis sirip di bawah kayak. Fungsinya untuk memudahkan kayak membelah air. Dalam erti kata lain mudah untuk bergerak lurus.

Tanpa skeg, sukar sedikit mendayung kayak inflatable kerana ia akan melelong kiri dan kanan. Skeg yang baru ini saya beli dari seorang pemilik kayak K2 explorer dari US. Beliau seorang jurutera pembuatan. Oleh itu beliau mencipta sendiri skeg ini mengikut ilmu kejuruteraan yang dia ada.

Skeg asal dari syarikat Intex berwarna hitam dan nipis. Skeg yang dibuat oleh mamat ini berwarna putih dan tebal. Memang agak fit bila dipasang pada slot skeg bawah kayak. Memang ketat dan susah untuk keluarkan balik.

Harga jualan dalam RM50 duit Malaysia. Tapi bila campur shipping dari US ke Malaysia, cecah RM100. Huhu. Redha je lah.

Ok, sekarang skeg dah ada. Barulah ada semangat nak pergi turun berkayak. Next adventure coming soon. Stay tuned.

  

20141014

RECCE KAWASAN.

Maaf, post kali ini bukan mengenai kayak. Hehe.

Sudah lama saya ingin meninjau hutan belantara di kawasan perumahan saya. Dari mata kasar, nampak biasa sahaja. Sama seperti hutan bersemak di mana-mana kawasan perumahan. Tetapi bila lihat dari google satellite map, kelihatan menarik kerana ia agak luas dan tersorok dari pandangan manusia. Saya tertanya-tanya apa yang terdapat di dalam hutan ini.

Jadi hari ini saya telah membuat recce (tinjauan) ke sana berseorangan. Namun saya hanya mampu recce di pinggir hutan tersebut kerana tidak membawa parang. Saya ada menjumpai beberapa denai yang saya rasa laluan haiwan (mungkin anjing liar). Atau mungkin juga laluan manusia yang telah lama ditinggalkan kerana banyak pohon renek telah menutupi denai tersebut.

Pinggir hutan.
Kawasan curam.
Bukit berbatu.
Pemandangan dari bawah bukit berbatu. Ohsem!
Dalam asyik memerhati keadaan sekeliling, saya terlihat kelibat seekor burung hantu yang agak besar berada beberapa meter di hadapan saya. Tidak pasti burung hantu spesis apa, tetapi kelihatan sangat gah mengepak-gepak sayapnya. Saya cuba rakam menggunakan kamera telefon namun tidak beberapa jelas. Jika anda ingin melihat videonya, boleh klik di bawah:

Maaf, kualiti kamera tidak beberapa jelas. Klik 'setting' dan pilih resolusi 720 untuk lebih jelas.

Jika anda perhatikan pada saat 0.03 - 0.18 bahagian atas kanan video, ada seekor lagi burung hantu sedang tidur. Sebenarnya ada 2 ekor burung hantu. Selepas saya menutup kamera telefon, ia terjaga & terbang betul-betul disebelah pokok saya berdiri. Memang satu pengalaman yang ohsem kerana saya tidak pernah melihat burung jenis ini di kawasan perumahan saya sejak 10 tahun tinggal di sini.

Saya pasti akan datang semula ke sini dengan peralatan yang lengkap seperti parang, tali dan teropong. Harap-harap saya dapat menjumpai sesuatu yang menarik di dalamnya. Stay tuned.

20141002

KURSUS KAYAK STAR 1 (TITIWANGSA)


Jemputan kepada mereka yang berminat. Terbuka kepada umum dan beginner.
Kursus Kayak STAR 1.


Tarikh : 1-2 nov 2014 (Sabtu - Ahad)
Masa : 7.30am - 6.00pm
Tempat : Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur
Penyertaan : Maksimum 15 orang sahaja
Yuran : RM 75/org (nota, jurulatih, peralatan shj) - makan & penginapan SENDIRI.

Anjuran : Buddy First Resources

DENGAN KERJASAMA :
* Persatuan Kanu Malaysia (MASCA)
* Lembaga Pendidikan Kanu Kebangsaan (MBOCE)
* Persatuan Sukan Kanu Kuala Lumpur (KLCSA)

TARIKH TUTUP PENYERTAAN berserta BAYARAN 23 OKTOBER 2014 (Khamis)

Berminat?
Whatsapp:  017-637 7803
   

20141001

BAGAIMANA MEMILIH KASUT UNTUK BERKAYAK.


Sewaktu mula-mula menceburi aktiviti berkayak, saya tertanya-tanya kasut apakah yang sesuai untuk aktiviti ini. Macam-macam jawapan yang saya dapat dari pelbagai sumber. Ada yang mengatakan water shoes (translate kasut air?), ada yang pilih sandal, malah ada yang kata pakai selipar jepun pun boleh.

Namun jawapan yang terbaik rasanya perlu datang dari pengalaman sendiri. Saya ingin bertanya 1 soalan. Pernah tak pasir atau batu-batu kecil masuk ke dalam kasut anda? bagaimana rasanya? rimas? tidak selesa? Ianya tidak dapat dielakkan dalam berkayak terutamanya dalam ekspedisi seharian atau lebih.

Oleh itu, saya mengambil kira 4 kriteria sebelum membeli kasut untuk berkayak. Kriteria ini jarang diperkatakan oleh kayakers tetapi pada saya agak penting demi keselesaan sewaktu berkayak. 

4 kriteria itu adalah:
  1. Mudah masuk, susah keluar.
  2. Susah masuk, susah keluar.
  3. Mudah masuk, mudah keluar,
  4. Susah masuk, mudah keluar.
Bunyi macam pelik. jom kita lihat penerangan setiap kriteria tersebut.

1. Mudah masuk, susah keluar.
Kasut jenis ini adalah kasut yang paling menganggu keselesaan sewaktu aktiviti berkayak. ia mempunyai lubang-lubang kecil yang kononnya untuk memudahkan air keluar masuk. Masalahnya pasir-pasir halus mudah memasuki kasut melalui lubang-lubang tadi tetapi sukar untuk  keluar semula hinggalah anda terpaksa membuka kasut dan mengeluarkan ia secara manual. Contoh-contoh kasut sebegini seperti:

Cantik. Tetapi ianya adalah perangkap pasir dan batu-batu kecil.
Saya rasa ia lebih sesuai untuk aktiviti hiking. Sistem pengudaraannya adalah sangat superb.

2. Susah masuk, susah keluar.
Kebanyakkan kasut khas untuk sukan air jatuh dalam kategori ini. Selalunya ia diperbuat dari fabrik neoprene yang elastik membuatkan ia mengikut bentuk kaki hingga tiada ruang untuk pasir atau batu-batu kecil masuk ke dalamnya. Namun andai kata ada pasir yang dapat masuk, ianya tidak akan keluar kecuali anda membuka kasut dan mengeluarkan ia sendiri. Contoh-contoh kasut sebegini seperti:

Kasut khas untuk aktiviti air.
Pasir sukar masuk. Tapi kalau dapat masuk memang susah keluar. Kena buka kasut untuk keluarkannya.

3. Senang masuk, senang keluar.
Kebanyakkan sandal (bukan semua) adalah didalam kategori ini. Pasir mudah masuk dan mudah keluar. Anda akan rasa dibawah telapak kaki penuh dengan butiran pasir apabila berjalan di dalam air. Namun bila anda naik ke atas kayak, anda hanya perlu goyang-goyangkan kaki seketika dalam air dan pasir-pasir tadi akan keluar dengan mudah. Contoh kasut yang jenis ini:
Pasir mudah masuk dan keluar.
Ianya lebih cepat kering berbanding kasut biasa.

4. Susah masuk, senang keluar.
Saya tidak pasti samada kasut kriteria ini wujud atau tidak. Jika ia wujud, mungkin inilah kasut paling ideal untuk saya gunakan semasa berkayak.
--------------------

Saya lebih suka memilih kasut kriteria ke-3 kerana ianya tidak memerlukan saya membuka kasut untuk membuang pasir. Namun perlu diingat, ada faktor-faktor lain yang perlu juga diambil kira dalam memilih kasut untuk berkayak seperti kualiti kasut, cepat kering atau tidak, geografi kawasan yang kita akan berkayak, panjang-pendek tempoh ekspedisi, jenis aktiviti (contoh berkayak 1 jam kemudian jungle trekking 8 jam) dan lain-lain.
 
PS: Saya pernah menggunakan selipar jepun untuk berkayak atas nasihat seseorang. Akhirnya selipar saya telah melekat pada selut lumpur semasa kayak terbalik dan tidak dapat dijumpai hingga sekarang. Mungkin ia berkubur di dasar sungai untuk selama-lamanya.


20140928

THOUGHT FOR THE DAY.


“If you are always trying to be normal, you will never know how amazing you can be.”

― Maya Angelou
   

20140926

PROGRAM BERKAYAK SUKASUKA ISLAND.

Anda ingin berkayak tetapi tiada program yang ohsem untuk disertai? Atau anda tercari-cari aktiviti outdoor yang santai dan tenang? Atau anda ingin lari dari kekusutan kota dan berehat di pulau yang indah? Kami ada solusi untuk anda! 

Footsteps Outdoor Gear telah menyusun pelbagai ekspedisi berkayak yang menarik sepanjang tahun di Sukasuka Island Tasik Raban, Perak. Sila rujuk jadual trip yang mereka telah sediakan untuk anda dibawah. Sila klik imej untuk zoom:

KLIK IMEJ UNTUK ZOOM.
        

20140925

BERAKIT DI TAPAH, PERAK.


Pada 21 September yang lepas, Ohsem Kayak telah dipelawa oleh Pusat Gemilang Warisan Jong untuk mencuba aktiviti berakit sejauh 10km di sungai Batang Padang, Tapah, Perak. Ianya satu pengalaman yang sangat ohsem dan lain dari yang lain.

Saya tidak sempat (lupa) mengambil gambar semasa disana. Yang dapat dirakam hanya video sewaktu berada di atas rakit. Sekurang-kurangnya dapat memberi anda sedikit idea bagaimana rasanya mendayung rakit buluh yang diikat dengan tiup tayar lori. Jom tonton:


Aktiviti berakit anjuran Warisan Jong ini memang berbeza dari aktiviti air yang lain seperti berkayak atau water rafting. Berakit sebegini terasa lebih 'back to nature' dan lebih dekat dengan alam semulajadi. Jika berminat boleh layari laman web mereka untuk info lanjut:

www.warisanjong.com.my

  

20140923

BERKAYAK & BERSANTAI DI TASIK KUNDANG.


Tasik Biru Kundang adalah sebuah tasik yang cantik terletak berdekatan Kampung Melayu Sri Kundang, Rawang, Selangor. Tasik ini unik kerana mempunyai sebuah pulau di tengah-tengah. Saya pernah dengar pelbagai cerita mengenai tasik Kundang seperti kedalamannya bagaikan apartment 17 tingkat, pulaunya berhantu, ada ikan patin sebesar kereta kancil dan lain-lain. Betul tak betul saya malas komen. Namun biasalah, masyarakat dan kisah dogeng sememangnya tidak dapat dipisahkan.

Mengikut sejarahnya, tasik Kundang adalah bekas lombong. Ia telah menagih banyak nyawa dek kedalamannya. Namun ada sesetengah kawasan agak cetek dan menjadi tempat orang bermandi-manda serta berkelah di hujung minggu.

Ini pertama kali saya datang ke tasik Kundang untuk berkayak. Sebelum ini pernah lalu sahaja. Tidak pernah singgah. Kawasan tasik Kundang pada hari ini agak lengang. Jam menunjukkan pukul 12 tengahari dan matahari betul-betul menganas.  Saya terpaksa membasahkan kepala berkali-kali bagi mengelakkan heat-stroke. 

Seperti biasa saya berseorangan bersama 'girlfriend' baru saya, Laura (nama yang diberi kepada kayak inflatable K2 Explorer). Saya juga membawa bersama paddle Tribord (KT100) untuk pertama kalinya. Dalam 10 minit, Laura telah siap untuk berlayar.

Mengepam inflatable kayak adalah satu senaman :p
Isn't she beautiful
Saya bercadang untuk bersantai di pulau tasik Kundang disamping berteduh dari kepanasan matahari. Saya mengelilingi pulau tersebut untuk mencari port yang paling strategik untuk memasang flysheet. Kriteria 'port' yang saya cari mestilah cantik, ohsem untuk berenang/mandi-manda dan tidak menghadap kawasan orang berkelah. Saya mahukan privacy.

Pencarian 'port baik punya' bermula.
Port ini memang menarik sebab daun-daun pokok berjurai hingga ke permukaan air berbentuk kanopi.
Daun-daun pokok menjadi atap kanopi. (Gambar ini saya ambil sebelah petang)
Sayangnya port ini dipenuhi rumpai air. Cantik tetapi agak 'seram' untuk berenang.
Akhirnya saya memilih satu kawasan yang saya kira menarik untuk bersantai. Airnya jernih dan mempunyai kawasan landai untuk saya membentangkan groundsheet.

Air jernih. Tiada rumpai air.

Cetek di tebing. Tidak menghadap kawasan orang berkelah.
Lupa nak bagitahu. Trip ini adalah trip survey kawasan. Saya tidak bercadang untuk bermalam disini. Mungkin trip akan datang saya akan bermalam. Oleh itu, saya hanya membina tempat berteduh yang sangat basic tanpa menggunakan walau seutas tali.

Mahligai sementara hamba. Wife kata ini macam khemah seludup pendatang asing. Erk..
Flysheet disangkut pada ranting pokok.
Paddle jadi tempat sidai baju. Takpe. Warranty 2 tahun. hehe
Laura diikat pada sebatang kayu.
Usai sahaja membina tempat berteduh, saya segera terjun ke tasik untuk menyejukkan badan. Tasik ini sukar diduga. Ada tempat yang sangat cetek dan tiba-tiba terus dalam hingga melepasi kepala. Dinasihati sentiasa berhati-hati jika ingin berenang di sini.

Pukul 2.30 petang, perut mula bernyanyi lagu keroncong. Saya telah membeli nasi bungkus di sebuah warung Sg. Buloh sewaktu menuju ke mari. Makan sewaktu berekspedisi sememangnya lebih menyelerakan dari biasa. Apatah lagi semasa sedang lapar.

Nasi putih berlauk sambal udang, ayam gulai rempah dan sayur peria.
Matahari memang terik. Tetapi sesekali angin nyaman bertiup membuatkan rasa mengantuk. Disebabkan tasik Kundang bukan tempat terpencil, maka tiada masalah untuk ber'online. Sambil bersantai boleh berwhatsapp dan berfacebook tanpa gangguan talian.

Dalam pukul 4.30 petang, matahari mula redup. Saya membayangkan alangkah ohsem jika dapat menikmati teh panas sambil mengunyah biskut diwaktu sebegitu. Segera saya menjerang air untuk membuat teh panas 3-in-1. Setelah air mendidih baru perasan beg yang disi teh/kopi tertinggal di rumah. Aduhai. Kecewa tidak terkata.

Apa boleh buat. Makan biskut cicah air kosong sahaja lah.
Bag hammock dibuat bantal.
Sebenarnya trip ini bukan trip berkayak. Ia lebih kepada bersantai sambil refresh minda yang letih akibat kerja. Saya tidak sempat meneroka pulau tersebut. Saya hanya bersantai di 'mahligai sementara' saya itu hingga ke petang. Kebanyakkan masa dihabiskan dengan berbaring-baring.

Sewaktu berbaring itulah saya mendengar bunyi daun-daun pokok yang menutupi tanah berderap-derap bagai dipijak orang berjalan dari arah belakang. Bila saya mengintai di sebalik flysheet, tidak pula nampak sesiapa. Jenguk-jenguk baru ternampak seekor biawak besar merangkak tidak beberapa jauh dari kedudukan saya. Apabila biawak itu sedar kehadiran saya, segera ia memecut melarikan diri. Tidak sempat untuk saya merakam aksinya.

Pukul 5.30 petang saya bersiap-siap mengemas untuk pulang. Saya pastikan tiada sampah tertinggal di situ. Cintai alam sekitar. Jangan tinggalkan apa-apa kecuali tapak kaki. Saya berkayak sekejap sekitar tasik dan kemudian terus menuju ke daratan.



PS: Dalam trip pendek ini saya dapati udara di dalam kayak inflatable mengembang apabila terdedah kepada cahaya matahari yang panas. Jadi jangan terlebih pam sewaktu cuaca panas. Apabila cuaca sejuk, udara mengecut menjadikan kayak kelihatan kurang udara.

Dan paling tragis, skeg Laura (sirip di bawah kayak) telah hilang entah kemana ditelan tasik Kundang. Huhu. Redha je lah..
  

20140916

EKSPEDISI BERKAYAK DI ROYAL BELUM. (PART 1)


Setelah bertangguh berbulan-bulan, baru sekarang ada feeling untuk menulis repot berkayak di Royal Belum. Ekspedisi ini berlangsung pada bulan 6 yang lalu. Lama dah kan? Maaf buat pembaca yang menunggu.

Sebenarnya saya menumpang ekspedisi orang iaitu ekspedisi Tenby International School dari Pulau Pinang sempena cuti sekolah (cuti sekolah mereka berbeza dengan cuti sekolah jenis kebangsaan di Malaysia). Trip ini memakan masa selama 5 hari 4 malam dengan jumlah dayungan sejauh 60 km.  Ekspedisi ini disertai oleh 9 pelajar bersama pengetua sekolah mereka diiringi 4 guides yang berpengalaman. Jadi jumlah termasuk saya adalah 15 orang.

Bermula dari jeti awam Pulau Banding kami mendayung membelah tasik Banding sewaktu matahari tegak di atas kepala. Pelajar sekolah dan guru mereka menaiki kayak double manakala saya pula mendayung kayak single jenama Mission Catch 420 atau nama manjanya si Oren. 

Si Oren. Jika dibandingkan jenis kayak yang ikut sama pada xpdc itu, ia umpama Ferarri dikalangan kereta Pr*t*n.
Pelajar-pelajar sekolah Tenby International School dan pengetuanya.
Kayuhan 60 KM bermula.
Selfie adalah penting.
Jauh dari hiruk-pikuk bandaraya.
Tasik yang luas bagaikan tiada penghujung.
Rehat sebentar. Makan & minum ringan sambil berteduh dari kepanasan matahari. Budak-budak ni pantang berhenti, mesti terjun masuk tasik yang sememangnya sejuk & jernih airnya.

Perjalanan hari pertama agak perlahan kerana ramai peserta yang tidak pernah berkayak sebelum ini. Jestru mereka mengambil sedikit masa untuk membiasakan diri dengan kayak. Apatah lagi mereka berkayak double. Berkayak berpasangan adalah lebih sukar kerana kita perlu mendayung seiring dengan partner. Dayungan kiri dan kanan perlu sama. Jika tidak, sudah tentu berlaga paddle.

Akan bersambung ke PART-2.
   

20140914

INFLATABLE KAYAK UNTUK DIJUAL!

Outdoorworldadv Sdn Bhd, sebuah syarikat barangan outdoor yang tidak asing di Malaysia membuat promosi penghabisan stok inflatable kayak dengan harga gila ohsem! Kayak udara yang dijual adalah berjenama terkenal (Sevylor dan Coleman). Setakat untuk berekreasi hujung minggu, memang tiada masalah. Inflatable kayak yang dijual dengan harga runtuh:

1.  Sevylor® Tahiti™ Classic 2 Person Kayak.

 

LOW PRICE TO GRABS!!!

>>>RM 499.00 ONLY!!<<<

**retail price RM 959.00

Head out to the shore in any car when you pack a Sevylor® Tahiti™ Classic 2 Person Kayak. This inflatable boat works just like a traditional kayak, except when you're ready to pack up, you can fold it up and take it home in your trunk. While you're in the water though, you'll paddle longer in comfort with a padded seat and back rest. When you hit rough rapids, the two spray covers will help keep you and your legs dry. Easily carry the kayak over shallow water and in and out of the water with the bow and stern cord handles, and sit in comfort with two inflatable seats. The rigid floor and two-chamber design keep the boat solid shape on the water and offer added security if you get snagged. The thick PVC is part of the Airtight® System that's guaranteed not to leak, and the Double Lock™ Fast Valve makes quick work of inflation and deflation. The two-person 10 ft. 4 in. x 2 ft. 9 in. (3.15 m x 0.53 m)
  • Tubular I-beam floor for added stability
  • Two chambers for more security if you get snagged
  • Two padded seats with back rest for a comfortable ride
  • Cord handles for shallow water and getting the kayak in and out of the water
  • Front and back spray covers keep your legs dry in the rapids
  • Double Lock™ Fast Valves and Mini Double Lock™ Fast Valves for easy inflation, deflation and added leak protection
  • 400-lb. (181.44 kg) max capacity
  • Accepts optional directional skeg (not included) for easier maneuvering
  • NMMA®-certified using ABYC® standards
  • Dimensions: 10 ft. 4 in. x 2 ft. 9 in. (3.15 m x 0.53 m)
-------------------------------------------------------

2.  Coleman - 1-Person Inflatable Sit-On Top Kayak (with paddle).



 >>> RM299 ONLY!!!<<<

**retail price RM 599

  • 80" x 30" inflated size
  • Supports up to 395 pounds of weight
  • Tough 22 gauge PVC
  • Dual tracking fins for easier steering
  • Recessed compartment for storage with secure cargo net
  • 86 inch aluminum paddle included
  • Paddle lock for easy storage
  • Coleman Airtight System guarantees a leak-free inflatable.
  • Coleman Airtight System guarantees a leak-free inflatable.
  • Double Lock valves retain air over 30% better than pinch valves, 9% better than Boston valves
  • NMMA certified

3.  Coleman - 2-Person Inflatable Sit-On Top Kayak (with paddle).


 >>>RM 450.00 <<<

***retail price RM899.00

  • 132" x 30" inflated size
  • Supports up to 595 pounds of weight
  • Tough 26 gauge PVC
  • Dual tracking fins for easier steering
  • Two recessed compartments for storage with secure cargo net
  • 86 inch aluminum paddle included
  • Paddle lock for easy storage
  • Coleman Airtight System guarantees a leak-free inflatable.
  • Coleman Airtight System guarantees a leak-free inflatable.
  • Double Lock valves retain air over 30% better than pinch valves, 9% better than Boston valves
  • NMMA certified
 -------------------------------------------------------

Jika ada yang berminat, boleh hubungi nombor dibawah:

Outdoor World Adventure.
Mines Down Town Night Bazar,
Mines Resort City,
43300 Seri Kembangan, Selangor
Tel : 017-8755222 / 018-2769957