Blog / Sumber: http://jea-mohamad.blogspot.com
Page link: http://jea-mohamad.blogspot.com/2014/02/berkayak-di-ao-tha-lane.html
Edisi menyampah datang lagi..
Kali ni moh kita ke Krabi pulak.
Anda suka berkayak? Kalau tak suka takpe, boleh tunggu kat jeti sambil rakan-rakan yang lain berkayak.
Saya suka berkayak jadi setelah satu aktiviti di Krabi yang saya nak
buat tidak mendapat sokongan orang ramai mahupun rakyat tempatan, saya
pergi ke travel agent bawah hotel saya (seberang jalan berhadapan
Starbuck Aonang).
Saya? Sila jangan jadi hipokrit..
Edisi menyampah nak cerita pasal berkayak di Ao Thalane. Aku dan kawan
aku ambik halfday berkayak. Harga tak ingat tapi kurang dari RM50. Kalau
ambik pakej fullday, setelah berkayak dorang akan bawak pergi naik
gajah.
Dah setengah hari berkayak memang tak lalu dah nak naik gajah lagi dah.
Fikir-fikirkan kalau stamina ditahap paras buku lali macam aku ni..
Faktor usia lagi...
Kami turun awal sejam dari bilik hotel untuk breakfast. Hotel budget
kami ni tak provide breakfast jadi pandai-pandailah carik sendiri. Tapi
hotel ni provide 2 botol air mineral (yang macam botol masuk air kat
hospital tu) setiap 2 hari.
#nasiklemakplizz
10 minit sebelum waktu yang dijanjikan kami dah terpacak depan travel agency berkenan.
Ko jangan buat main-main masa dengan aku! Aku punctual tau! ****pffffftttt
Takde sapa lambat pun..
Datang satu van pick kami pastu bawak ke travel agency yang manage tour
haritu. Kami tunggu jap kat situ pastu datang satu jeep ke lori kecik
ntah. Kat belakang tu dah penuh orang. Jadi driver suh kami duduk kat
dalam (seat belakang driver). Nasiblah dok depan, dapat ekon..hahaha
Jeti
Dah sampai kat jeti kami di groupkan. Dalam group kami ada 2 couple
Malaysian Chinese. 1 couple chinese jugak tapi bukan Malaysian. Ntah
dari mana tak tahulah sebab dorang tak campur orang lain. Dok cakap
chinese sesama sendiri je. Even 2 couple Malaysian Chinese tadi pun tak
layan dorang. Lagi 2 orang adalah adik beradik dari Korea. Kebetulan
sangat sebab kami jumpa Korean ni kat Blue Pool semalam. Kenapa boleh
ingat Korean ni kat Blue Pool? Sebab Blue Pool tu nak trekking dari
Emerald Pool adalah sangat skerry the merry jalan kat hutan-hutan (ada
trek kayu la). Dah la aku trek tak pakai kasut sebab pas mandi terus
pegi naik ke Blue Pool. Kat Blue Pool ni ada Korean ni dengan family
dari Indonesia je.
Sebenarnya ada budak kecik Siam ikut kami rapat-rapat dalam hutan tu
sebab family dia slow sangat tapi ntah la mana dia pegi pastu.
Eh cite pasala Blue Pool ke berkayak ni?
Kembali ke Ao Thalane, kami di ajar macam mana nak berkayuh, nak stop
dan pusing. Kejap je 10 minit camtu. Pastu cepat pilih kayak!
Aku nak warna pink!
Harap maaf permintaan anda tidak dilayan...
Yang warna merah tu trek untuk berkayak for today.
Sepatutnya kalau tengok peta tu kami akan pusing (masuk dalam mangrove sekali dan kembali ke jeti). Tapi sebab-sebab apa ntah yang aku dah lupa, kami akan masuk halfway je dalam mangrove tu kemudian patah balik laut untuk ke jeti.
Kalau tanya aku mana best berkayak kat Mangrove ke kat lautan, mesti la kat laut sebab aku takut buaya!
Hoi gila ke tak takut buaya..
Ada ke buaya kat Ao Thalane tu?
Alhamdulillah, so far aku tak dengar cerita plak ada yang jumpa buaya.
Masa dari jeti tu berkayuh ke seberang sana ke kawasan berpokok-pokok pastu singgah jap kat kawasan lumpur tengok ikan yang ada kaki tu. Tapi aku tak nampak pun sebab kayak semua orang asyik dok berlanggar-langgar sudahnya kami jauhkan kayak dari situ.
Tengok ikan katanya Gua bukti ada orang penah tinggal kat sini. |
Stop agak lama kat sini sebab jalanraya jem
Tour guide kami a.k.a kadangkala jadi jurugambar
Nak masuk kawasan mangrove
Stop jap tengok formation batu-batuan. Kami stop kat tengah-tengah sebab kawasan ni air cetek.
Kalau berkayak kat kawasan mangrove ni arus air tenang je jadi senang la
nak berkayuh. Cuma penat sket bila dah keluar ke kawasan laut sebab
nanti on the way balik ke jeti kena lawan arus.
Kalau yang berkayuh slow pun takpe nanti guide tu tunggu. Dia akan make sure semua ada dan berkayuh dalam kumpulan.
Kalau kami yang selow the melow ni pun boleh, anda pasti boleh!
Lepas balik, mandi dan lunch nasik Patrick Star
Nota:
Trip kayak berlokasi di Krabi Thailand. Blog jea-mohamad.blogspot.com
mengandungi catitan ekspedisi penulis ke luar negara. Ia bukalah blog bertema kayak atau outdoor, tapi saya tertarik dengan post pengalaman beliau berkayak di negara jiran itu. Penulis blog (Jea Mohamad) memang kaki melancong. Banyak betul tempat-tempat menarik yang beliau lawati. Jom lawat blognya :)
AKU PERNAH PERGI BERCUTI DI KRABI 2 TAHUN LEPAS. BERBALOI. SYURGA DUNIA
ReplyDelete