20140824

RAFTING KAYAK/KANU TERBANYAK DI DUNIA.

Satu rekod dunia penghimpunan kayak/kanu teramai telah tercapai di teluk Suttons Floatilla, daerah Michigan pada bulan Ogos tahun lalu (2013). Sebanyak 2099 kayak dan kanu berjaya dikumpulkan untuk meraih tempat dalam Guinness Book of  Record.

Untuk mendapat pengiktirafan Guinness Record, semua kayak/kanu perlu bersentuhan antara satu dengan lain serentak selama 30 saat. Selain itu kayak tersebut mestilah mempunyai sekurang-kurangnya seorang pendayung. Kayak kosong tidak dikira ya. Acara ohsem ini telah berjaya mengutip $50,000 untuk disumbangkan kepada sekolah awam Suttons Bay.

Sebelum ini rekod itu disandang oleh perhimpunan kayak di tasik Fourth, New York dengan 1902 buah kayak (kurang 197 dari rekod 2013) pada tahun 2011.




Pada 13hb September 2014, akan berlangsung acara yang sama di tasik Fourth, New York. Ia bertujuan mengumpul dana buat Breast Cancer Research Foundation antarabangsa serta memecahkan rekod 2013. Saya akan update info ini kemudian jika  ia berjaya dilaksanakan.

PS: Ada tak organisasi yang berminat menganjurkan perhimpunan kayak terbesar di Malaysia? Mesti ohsem kan?! Cuma realiti di Malaysia keghairahan berkayak masih belum berkembang subur seperti di luar negara. Adakah kita mampu mengumpulkan ribuan paddlers seperti mereka? Walahualam :)
   

7 comments:

  1. Sharifah Az OutdoorAugust 24, 2014 at 3:28 PM

    colorful n beautiful. Dari atas macam painting (^_^) .

    ReplyDelete
  2. Kat M'sia bukan macam kat sana. Kayaking bukan hobi popular disini.

    ReplyDelete
  3. Tak ramai org kita yg ada kayak sendiri.

    ReplyDelete
  4. macam saya.. hehe

    ReplyDelete
  5. kudos to oHsemKayak sbb buat blog khas utk kayak di Malaysia. Keep up the good work! Hope kita dpt brkayak sama satu hari nanti.

    ReplyDelete
  6. Idea yg bagus jg nie.

    ReplyDelete