Setelah bertangguh berbulan-bulan, baru sekarang ada
feeling untuk menulis repot berkayak di Royal Belum. Ekspedisi ini berlangsung pada bulan 6 yang lalu. Lama dah kan? Maaf buat pembaca yang menunggu.
Sebenarnya saya menumpang ekspedisi orang iaitu ekspedisi
Tenby International School dari Pulau Pinang sempena cuti sekolah (cuti sekolah mereka berbeza dengan cuti sekolah jenis kebangsaan di Malaysia). Trip ini memakan masa selama 5 hari 4 malam dengan jumlah dayungan sejauh 60 km. Ekspedisi ini disertai oleh 9 pelajar bersama pengetua sekolah mereka diiringi 4 guides yang berpengalaman. Jadi jumlah termasuk saya adalah 15 orang.
Bermula dari jeti awam Pulau Banding kami mendayung membelah tasik Banding sewaktu matahari tegak di atas kepala. Pelajar sekolah dan guru mereka menaiki kayak double manakala saya pula mendayung kayak single jenama Mission Catch 420 atau nama manjanya si Oren.
|
Si Oren. Jika dibandingkan jenis kayak yang ikut sama pada xpdc itu, ia umpama Ferarri dikalangan kereta Pr*t*n. |
|
Pelajar-pelajar sekolah Tenby International School dan pengetuanya. |
|
|
Kayuhan 60 KM bermula. |
|
Selfie adalah penting. |
|
Jauh dari hiruk-pikuk bandaraya. |
|
|
Tasik yang luas bagaikan tiada penghujung. |
|
Rehat sebentar. Makan & minum ringan sambil berteduh dari kepanasan matahari. Budak-budak ni pantang berhenti, mesti terjun masuk tasik yang sememangnya sejuk & jernih airnya. |
Perjalanan hari pertama agak perlahan kerana ramai peserta yang tidak pernah berkayak sebelum ini. Jestru mereka mengambil sedikit masa untuk membiasakan diri dengan kayak. Apatah lagi mereka berkayak
double. Berkayak berpasangan adalah lebih sukar kerana kita perlu mendayung seiring dengan
partner. Dayungan kiri dan kanan perlu sama. Jika tidak, sudah tentu berlaga
paddle.
Akan bersambung ke
PART-2.
yes.. akhirnya keluar juga cerita Royal Belum. Dari 2 bulan lepas u kata nak buat. Ok part-2 please (^_^)
ReplyDeletehaha. coming soon.
DeleteTerima kasih kerana menunggu. :D
ada gi mancing bro?
ReplyDeleteSaya tak minat memancing tuan Pendekar. Tapi teringin juga untuk cuba memancing satu hari nanti.
DeletePendek sangat repotnya. kuikui
ReplyDeletehehe.. akan bersambung tuan haji.
Deletemana leh dpt kayak mission nih?
ReplyDeleteBoleh rujuk di sini:
Deletehttp://www.renegade.my/
Klik bahagian fishing kayak. catch 290 , 390 & 420 model , semua ada dalam tu.
Boleh juga tengok di laman web http://footsteps.com.my/en/25-kayaks
DeleteJaminan produk original :)
Wow, what a great adventure. Next episode please ;)
ReplyDeletethanks. Dalam pembikinan :)
Delete