20161115

Bukit Seri Bintang

Pernah naik Bukit Sri Bintang? Bukan Bukit Bintang dekat bandaraya KL ya! Bukit Sri Bintang terletak di Kepong. Bukitnya tidaklah tinggi tetapi untuk day trip secara solo memang sudah memadai.

Saya terjumpa info mengenai bukit ini dari google search. Mencari tempat-tempat sebegini memang hobi saya bila kebosanan. Hehe. So di pagi yang tenang, saya terus menuju ke sana.


Pintu masuk ke bukit di jalan Seri Bintang 8

Denai permulaan
Boleh pilih laluan denai atau pun laluan bertangga
Pertengahan jalan
Sampai di puncak. Ada pencawang elektrik di situ.
Tentu pemandangannya sangat awesome pada waktu malam
Puncak ke-2

Ada dua bukit di sini. Bukit ke-2 tidak berapa jauh. Bukit itu juga mempunyai pencawang elektrik di puncaknya. Denai di sini sangat jelas, jadi tak perlu risau tersesat jalan.


Menuju bukit ke-2

Laluan sedikit berbatu menuju ke puncak bukit

Perjalanan terpaksa dibatalkan. Bunyi petir sambung-menyambung. Langit pun makin gelap. Saya rasa tentu bahaya duduk di puncak bukit berdekatan pencawang elektrik semasa kilat memancar. Jadi next time la sambung penjelajahan Bukit Seri Bintang.


Hujan turun renyai-renyai kemudian mula lebat. Nasib baik bawa baju hujan. 

Bukit Seri Bintang adalah bukit yang sempoi untuk didaki secara santai. Sesuai untuk senaman pagi dan petang. Jika anda tinggal di Lembah Klang, bolehlah singgah di sini untuk beriadah bersama keluarga atau rakan-rakan. Cuma pastikan jangan buang sampah merata-rata. Hehe.
          

14 comments:

  1. Nice report bro. Boleh aku try pergi dengan kawan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq Rafi. Pergi dengan kawan best sikit. Saya trip solo je ni

      Delete
  2. Terbaik. First time dengar pasai tempat nih

    ReplyDelete
  3. all the best. Rare tempat ni

    ReplyDelete
  4. sy duk kepong pun tak tau ada bukit nie. Huhu

    ReplyDelete
  5. U pegi tak ajak saya ka?

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha.. sorry Lee. Lepas ni kita cicyling folding bike plak

      Delete
    2. eh. U sudah beli ka?

      Delete
    3. Not yet. Still surveying. Can't decide. hehe

      Delete