Ini adalah suatu soalan asas bagi paddler yang ingin membeli kayak buat pertama kali. Untuk menjawab soalan ini, kita perlu bertanya soalan susulan:
Untuk apa anda berkayak? Dimana anda ingin berkayak?
Di mana-mana bukan? Saya begitu juga! Malangnya kita perlu lebih specific dalam jawapan kita. Kayak ada pelbagai jenis, dicipta mengikut tujuan dan lokasi ianya digunakan. Buat masa sekarang, tiada kayak yang begitu versatile yang sesuai untuk semua kondisi air seperti tasik, arus deras, dan lautan. Oleh kerana itu, ramai paddler (pendayung) mempunyai beberapa jenis kayak dalam simpanan mereka.
Jika anda baru sahaja berjinak-jinak dalam aktiviti air ini, anda bolehlah memilih kayak rekreasi. Ianya sesuai untuk kayuhan santai di tasik ataupun sungai yang tenang. Jika anda seorang pemancing, anda boleh dapatkan kayak yang mempunyai ciri-ciri tambahan khusus untuk memancing (contohnya, pemegang rod). Walau bagaimanapun, jika anda bercadang berekspedisi lebih dari sehari, maka anda perlu cari kayak yang mempunyai tempat simpanan barang yang besar. Jika anda ingin meneroka ke lautan luas dengan kayak, maka kayak laut adalah kayak yang paling sesuai. Baiklah, mari kita teliti jenis-jenis kayak ini secara terperinci.
KAYAK LAUT.
Ianya paling sesuai untuk ekspedisi di laut. Ia lebih panjang dari kayak rekreasi dan mempunyai kapasiti simpanan yang lebih besar. Bentuknya yang panjang memudahkan ia memotong arus terutama ombak lautan. Kapasitinya yang luas membolehkan pendayung membawa lebih muatan bagi tujuan perkhemahan yang memakan masa lebih dari sehari. Atas ciri-ciri ini, kayak laut juga sesuai untuk tujuan ekspedisi di sungai atau tasik. Saiz kayak laut selalunya mencecah 16 kaki. Jika kecil dari itu selalunya ia jatuh ke kategori kayak touring atau kayak rekreasi.
KAYAK TOURING / EKSPEDISI.
Walaupun ramai orang menyamakan kayak touring dengan kayak laut, namun ianya mempunyai sedikit perbezaan. Kayak laut sememangnya boleh digunakan untuk touring/ekspedisi. Tetapi bukan semua kayak touring/ekspedisi sesuai untuk digunakan di laut. Boleh faham? hehe
Panjang kayak touring selalunya dalam 12-15 kaki. Ianya mempunyai kapasiti barang sekurang-kurangnya cukup untuk ekspedisi 1-2 hari. Jika ia tidak mempunyai tempat simpanan barang, ia bukanlah sejenis kayak touring.
KAYAK REKREASI.
KAYAK REKREASI.
Jika anda tidak merancang meredah lautan atau melakukan apa-apa ekspedisi bermalam, maka kayak rekreasi sangat sesuai. Ianya pendek sedikit dari kayak touring (mungkin sama panjang bergantung kepada jenama). Sifat utama yang dikongsi oleh semua kayak rekreasi adalah kestabilan. Secara umumnya, kayak jenis ini paling stabil berbanding kayak-kayak jenis lain. Malah ada kayak rekreasi yang begitu stabil sehingga membolehkan pendayung untuk berdiri di dalam kayak tanpa masalah.
Rata-rata kayak rekreasi lebih perlahan berbanding kayak touring dan kayak laut. Namun kenalah dengan namanya, kayak rekreasi adalah untuk beriadah santai di air yang tenang.
Rata-rata kayak rekreasi lebih perlahan berbanding kayak touring dan kayak laut. Namun kenalah dengan namanya, kayak rekreasi adalah untuk beriadah santai di air yang tenang.
Saya di Royal Belum dengan kayak jenis Sit On Top. |
KAYAK SIT ON TOP.
Kayak jenis ini tidak mempunyai cockpit seperti kayak tradisional. Pendayung hanya perlu duduk diatas kayak seperti duduk diatas tikar (sila lihat imej di atas). Untuk menggunakan kayak Sit On Top, anda tidak perlu tahu teknik eskimo roll (teknik gulingan jika kayak terbalik), malah anda tidak perlu memakai spray skirt. Lantaran itu kayak jenis ini menjadi semakin popular di Malaysia. Kayak Sit On Top selalunya mempunyai lubang-lubang yang menjadikan air tidak bertakung dan keluar sendiri (self-bailing). Ianya satu kelebihan yang utama kayak jenis ini. Cuma anda akan berkeadaan lebih basah sepanjang perjalanan berbanding kayak tradisional lantaran lubang-lubang air tersebut.
Ada yang mengatakan kayak jenis ini jatuh dalam kategori kayak rekreasi. Namun saya pernah melihat pendayung menggunakan kayak ini untuk touring beberapa hari malah untuk meredah lautan. Saya sendiri selesa menggunakan ia untuk ekspedisi bermalam.
Kayak jenis ini juga popular bagi kaki pancing. Ada yang dibuat khas untuk pemancing dengan accessories seperti pemegang rod, bekas umpan, dan lain-lain.
Kayak jenis ini juga popular bagi kaki pancing. Ada yang dibuat khas untuk pemancing dengan accessories seperti pemegang rod, bekas umpan, dan lain-lain.
KAYAK ANGIN (INFLATABLE)
Kayak jenis ini seakan pelampung kerana ia perlu dipam angin sebelum digunakan. Mudah untuk dibawa dan disimpan adalah manfaat utama kayak inflatable. Jika anda tidak mempunyai ruang untuk menyimpan kayak biasa, kayak inflatable amat sesuai kerana ia boleh dikempiskan dan dimasukkan ke dalam beg penyimpanan sebelum disimpan dalam almari/stor. Dahulu kayak sebegini dianggap sebagai kayak mainan. Namun sekarang dengan pembuatan menggunakan teknologi terkini, kayak inflatable menjadi kayak yang tahan lasak sesuai untuk pelbagai aktiviti.
KAYAK ARUS DERAS / WHITE-WATER
Kayak arus deras adalah satu sukan kayak yang mempunyai banyak sub-kategori seperti creek-boat, rodeo-boat dan lain-lain. Kayak arus deras rata-ratanya pendek dari kayak biasa. Untuk berkayak di arus deras, ilmu membaca jeram dan aspek-aspek keselamatan arus deras perlulah dikuasai terlebih dahulu. Saya tidak dapat komen banyak kerana saya sendiri belum betul-betul mendalami sukan arus deras ini.
White-water kayak best bro
ReplyDelete