20140820

LAURA SUDAH SAMPAI! (PART 2)

...sambungan dari Part 1.

Saya sampai di tasik Putrajaya dalam pukul 10.30 pagi. Matahari agak redup. Angin bertiup perlahan. Memang suasana pagi itu cukup ohsem untuk berkayak. Kelihatan 3 orang pekerja Kelab Tasik Putrajaya sedang sibuk dengan urusan mereka di atas jeti.

Saya mengeluarkan Laura (nama inflatable kayak) dan segala accessories dari beg. Kayak ini datang bersama 2 pendayung, pam, repair kit, skeg, dan 2 inflatable seats. Kayak ini direka untuk 2 pendayung (tandem) tapi boleh adjust kedudukan tempat duduknya menjadi kayak single. Pagi ini saya akan mendayung secara solo.

Explorer K2 dan accessories.
Explorer K2 sebelum di pam.
Proses mengepam kayak ini amat sekejap. Rasanya tak sampai 5 minit. Ia mempunyai 3 chamber utama untuk di pam. Kenapa ada 3 chamber? Andai kata 1 chamber bocor, ada lagi 2 chamber yang mampu bertahan sehingga kita sempat mendayung kedaratan.

Laura yang siap di pam. Kebetulan life jacket (BA) saya pun bewarna kelabu kuning. Baru perasan.

Saya letakkan pam dan beg kayak dibelakang tempat duduk. Agak luas ruang di dalam kayak jika mendayung secara solo. Tiada masalah andai saya meletakkan cooler, dry bag, dan pelbagai muatan samada di bahagian depan atau belakang kayak. 

Baru nak melabuhkan Laura ke air, tiba-tiba kena sound dengan pekerja Kelab Tasik Putrajaya.

Pekerja KTP: Bang, tak boleh guna kayak sendiri di tasik ni. Tasik ni khas untuk Kelab Tasik Putrajaya sahaja.

Saya: Eh? Sebelum ni tiada masalah pun berkayak disini guna kayak sendiri. Lagipun tiada notis atau papan tanda yang melarang orang awam mendayung di sini.

Pekerja KTP: Memang tak boleh bang. Sebelum ini sesiapa yang guna kayak sendiri akan ditahan dan kayak mereka akan dirampas. Hanya kayak yang disewa dari Kelab Tasik Putrajaya sahaja dibenarkan.

Terkejut juga saya apabila diberitahu sedemikian. Rupanya tasik Putrajaya telah dimonopoli oleh kumpulan tertentu. Yang menghairankan, kenapa ada papan tanda 'jeti awam' jika tidak dibenarkan penggunaan kayak persendirian?

Saya meletakkan Laura dibawah pokok. Tiada niat untuk saya balik ke rumah sebelum membelah tasik Putrajaya menggunakan kayak baru ini. Saya menunggu peluang. Masa berlalu. Jam menunjukkan pukul 11.45 pagi. 

Kemudian saya lihat pekerja-pekerja KTP mula beredar dari jeti. Mungkin urusan mereka sudah selesai. Dengan sepantas kilat saya melabuhkan Laura ke permukaan tasik dan terus mendayung menjauhi jeti awam tesebut.
   


Perkara pertama yang saya perasan apabila mendayung kayak inflatable ini adalah ia SANGAT SELESA! Saya telah mendayung pelbagai kayak hard-shell dari jenama Feelfree, Ocean Kayak, Perception dan lain-lain. Namun kayak inflatable sememangnya mengatasi kayak hard-shell dari segi keselesaan. Rasa sangat santai dan relax seperti berada di katil sendiri.

Kayak inflatable tidak selaju kayak hard-shell. Itu saya sangat pasti. Namun ia tidak juga terlalu perlahan. Laura meluncur dengan kelajuan sederhana, tidak laju dan tidak perlahan. Tracking juga agak baik. Tiada masalah untuk saya mendayung lurus.




Pokok Senduduk yang berbunga lebat ditebing tasik Putrajaya.
Setelah 30 minit mendayung, tiba-tiba terasa berat. Rupanya langit telah mula mendung dan  angin bertiup kencang menyebabkan permukaan tasik bergelora. Memang struggle mendayung melawan angin. Kelebihan kayak inflatable ini adalah ringan. Namun faktor ini juga menjadi kelemahan apabila berhadapan dengan kekuatan angin. Mungkin tiada masalah jika saya mendayung berdua. Mendayung solo dalam situasi begini amat menguji stamina dan skill.

Video di bawah saya ambil sewaktu langit mula mendung dan angin bertiup kencang. Tracking tidak lagi lurus seperti waktu tasik tenang.


Niat di hati ingin meneruskan perjalanan kerana nak lihat prestasi Laura sewaktu hujan (adakah air cepat bertakung dan lain-lain). Namun saya batalkan hasrat kerana seriau mendengar dentuman petir di langit. Saya segera berpatah balik menuju ke jeti. Tiada masalah apabila mendayung mengikut angin. Hujan mula turun apabila saya sampai ke jeti.

Saya belum dapat memberi review lengkap kayak Explorer K2 kerana ini baru percubaan pertama dan terlalu sekejap. Secara kasarnya saya boleh simpulkan beberapa kelebihan dan kelemahan Kayak Inflatable Explorer K2 seperti di bawah:

Kelebihan:
  1. Mudah dibawa kemana-mana.
  2. Tidak memerlukan ruang simpanan yang besar. Jadi boleh disimpan di bawah katil, almari, bonet kereta dan lain-lain.
  3. Ringan berbanding kayak hard-shell (kayak biasa).
  4. Set lengkap. Tidak perlu beli pendayung, pam & repair kit secara berasingan.
  5. SELESA! SELESA! SELESA!
Kekurangan:
  1. Angin dan ombak mempengaruhi prestasi kayak ini. Masalah ini mungkin boleh diatasi dengan berkayak secara berpasangan.
  2. Paddle tidak boleh di adjust mengikut keselesaan pendayung. Solusinya, guna paddle lain.
  3. Perlu dikeringkan sebelum simpan bagi mengelakkan dari kulat. Leceh sikit. Saya lipat dan masukkkan dalam kereta waktu ia masih basah dan kemudian lap atau jemur ia dirumah.
Buat masa sekarang, saya amat berpuas hati. Keselesaan yang diberi oleh Laura cukup untuk saya menutup mata kepada kelemahan-kelemahan yang ada. Apa-apapun ini baru permulaan. Pelbagai plan XPDC telah tersusun didalam kotak fikiran saya untuk Laura. Nantikan kisahnya di blog OhsemKayak.com pada masa hadapan. 

 

11 comments:

  1. Wah.. Macam best jer. Nak pinjam laura bleh? (^_^)

    ReplyDelete
  2. Look great. I've to get 1 of these
    . Ngeh ngeh

    ReplyDelete
  3. Sharifah Az, Laura tak suka keluar dengan orang yang tidak dikenali.. haha

    Sora, go get one. Then kita boleh buat kelab inflatable kayak Malaysia. Amacam?! haha

    ReplyDelete
  4. Huhuhu solehahnya laura tu ya. Sesuai buat menantu (^_^)

    ReplyDelete
  5. Ok ke kalau buat g mncing beb?

    ReplyDelete
  6. ada juga kayak pakai pam ya? kekeke

    ReplyDelete
  7. Anonymous, boleh je.. kot

    Kayak Tapah, mesti la ada. Mengepam juga satu senaman tau.. haha

    ReplyDelete
  8. nanti beri review lengkap bos. Kalau OK, gua nak sambar satu buat casting tgh tasik

    ReplyDelete
  9. kat ne ada jual ni? Harga?

    ReplyDelete
  10. Bila nak keluar cite pasal laura lagi? nak gak tau best ke tak kayak ni

    ReplyDelete
  11. cam menarik je kayak kome ni. Try bawak sini Lib, kita test kat sungai perak .

    ReplyDelete