20140907

'SENJATA' BARU SUDAH SAMPAI.


Paddle adalah senjata wajib buat kayakers. Senjata saya baru sahaja sampai Jumaat lepas dihantar oleh UPS. Paddle ini di sponsor oleh Decathlon (Oxylane Group) untuk ekspedisi Ohsem Kayak pada masa hadapan. Memang ohsem.

Paddle berjenama Tribord (KT100) ini direka khas untuk pendayung inflatable kayak. Ianya boleh dipisahkan kepada 4 bahagian, maka mudah untuk disimpan dan dibawa kemana-mana. Pendayung ini juga sesuai dijadikan paddle spare-part dalam sesuatu ekspedisi kerana ianya ringan dan tidak memerlukan ruang simpanan yang luas.

 
Panjang paddle ini dalam 215 cm,  berat 1110 g, mempunyai drip ring dan didatangi dengan beg jaring. Ianya buatan Perancis dengan 2 tahun jaminan. Seriously, 2 tahun tu!

First impression, look nice. Much better dari paddle percuma yang datang bersama Laura (Explorer K2 kayak). Rasanya tidak sekukuh 1 shaft paddle. Namun kelebihannya mudah untuk disimpan dan tidak memakan ruang.

Dari segi performance, saya belum boleh beri komen sebab belum cuba. Saya akan update prestasinya pada masa akan datang. Stay tuned guys :)



PS: Try lawat website Decathlon. Macam-macam produk outdoor ada kat dalam tu. Semuanya disusun mengikut aktiviti yang kita minati seperti hiking, cycling, swimming, golf dan lain-lain. Saya pula semestinya pilih water sports untuk mencari barangan yang saya perlukan. Yang pasti produknya berkualiti dan transaksi jual beli di jamin selamat. Klik DISINI untuk ke laman web mereka.
  

10 comments:

  1. cayalah boh. Bila xpdc seterusnya?

    ReplyDelete
  2. I just visited decathon.my tadi. Produk quechua diorg jual jauh lebih murah dari 1 kedai outdoor kat tempat i. Contoh i beli popup tent quechua kat tempat i dekat rm400, tp kat decathon model sama dlm 2++ lebih. Geramnya!

    ReplyDelete
  3. Lib, berapa harga paddle ni? abg mizi memang tgh cari 1

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya dah whatsap abg Mizi.

      Pembelian boleh buat secara online di website Decathon.my :)

      Delete
  4. GREAT PRODUCT BRO!

    BRO, SAYA NAK SPONSOR BARANG. TERM CONDITIONS DAH SENT THRU FB OHSEM KAYAK. JUST INBOX SAYA. TQVM

    ReplyDelete
  5. lama-lama baca blog ni , terasa nak berkayak plak. tapi masalah ambo ni takde kayak. Siapa boleh bagi pinjam? hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. sewa je kayak bro. RM70 sehari. Macam-macam jenis kayak ada. Untuk memancing ada, untuk ekspedisi ada, untuk bersiar-siar pun ada.

      PM saya di Facebook ;)

      Delete