20141014

RECCE KAWASAN.

Maaf, post kali ini bukan mengenai kayak. Hehe.

Sudah lama saya ingin meninjau hutan belantara di kawasan perumahan saya. Dari mata kasar, nampak biasa sahaja. Sama seperti hutan bersemak di mana-mana kawasan perumahan. Tetapi bila lihat dari google satellite map, kelihatan menarik kerana ia agak luas dan tersorok dari pandangan manusia. Saya tertanya-tanya apa yang terdapat di dalam hutan ini.

Jadi hari ini saya telah membuat recce (tinjauan) ke sana berseorangan. Namun saya hanya mampu recce di pinggir hutan tersebut kerana tidak membawa parang. Saya ada menjumpai beberapa denai yang saya rasa laluan haiwan (mungkin anjing liar). Atau mungkin juga laluan manusia yang telah lama ditinggalkan kerana banyak pohon renek telah menutupi denai tersebut.

Pinggir hutan.
Kawasan curam.
Bukit berbatu.
Pemandangan dari bawah bukit berbatu. Ohsem!
Dalam asyik memerhati keadaan sekeliling, saya terlihat kelibat seekor burung hantu yang agak besar berada beberapa meter di hadapan saya. Tidak pasti burung hantu spesis apa, tetapi kelihatan sangat gah mengepak-gepak sayapnya. Saya cuba rakam menggunakan kamera telefon namun tidak beberapa jelas. Jika anda ingin melihat videonya, boleh klik di bawah:

Maaf, kualiti kamera tidak beberapa jelas. Klik 'setting' dan pilih resolusi 720 untuk lebih jelas.

Jika anda perhatikan pada saat 0.03 - 0.18 bahagian atas kanan video, ada seekor lagi burung hantu sedang tidur. Sebenarnya ada 2 ekor burung hantu. Selepas saya menutup kamera telefon, ia terjaga & terbang betul-betul disebelah pokok saya berdiri. Memang satu pengalaman yang ohsem kerana saya tidak pernah melihat burung jenis ini di kawasan perumahan saya sejak 10 tahun tinggal di sini.

Saya pasti akan datang semula ke sini dengan peralatan yang lengkap seperti parang, tali dan teropong. Harap-harap saya dapat menjumpai sesuatu yang menarik di dalamnya. Stay tuned.

10 comments:

  1. apa la tak ajak bro. kata nak ajak next trip

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan trip pun Lokman. Sekadar tinjauan je. Next time aku ajak. Jangan bagi alasan plak macam selalu. hehe

      Delete
  2. Macam bleh rock climbing je bukit brbatu tu. Hehe (^_^)

    ReplyDelete
  3. EE.. TAKUT LA. Kalau jumpa kampung bunian camne? Nanti kena sorok

    ReplyDelete
  4. Menarik. Tentu tempat tu tiada orang masuk sebab burung hantu pun boleh hidup tanpa gangguan. Jarang ada lokasi begitu di Kuala Lumpur.

    ReplyDelete
  5. owl? wow. Kalau dapat tangkap boleh jual tu. ngeh ngeh

    ReplyDelete