20170305

Basikal Lipat Baru


Alhamdulillah. Basikal lipat/folding bike baru sampai. Jenama Gammax, 24" wheel, alloy frame dan 24 gear. Saya beli secara online dari neocycle.com.my, antara kedai basikal online yang popular di Malaysia. Senang beli dari online. Tak perlu susah payah pergi kedai, angkut barang dan bawa balik. Just order dan barang akan sampai depan rumah. Jimat minyak kereta, tenaga dan masa.

Saya memilih folding bike kerana ia menjimatkan ruang. Ia juga mudah dibawa dalam bonet kereta berbanding basikal biasa. Saya tak pasti bagaimana prestasi basikal ini. Saya akan update di blog nanti setelah menggunakan folding bike ini dalam beberapa xpdc.

Sebenarnya saya beli basikal ini untuk tujuan touring (ekspedisi jarak jauh). Untuk touring, saya perlu pasang beberapa alat tambahan seperti pannier rack depan belakang, bag pannier, bar end, dan lampu depan belakang. Ada alatan saya beli dari China dan ada dari kedai tempatan. Untuk produk dari China, ia ambil masa untuk sampai ke Malaysia. Saya guna penghantaran melalui kapal, sangat murah tetapi lambat sampai. 

Harap pelawat blog ini dapat tunggu trip Osem Adventure seterusnya. Asyik ekspedisi berkayak sahaja, kali ni kita cuba ekspedisi berkayuh pula. Hehe. Jumpa lagi.
           

20170215

Ipoh Foldies Open Day 2017

KLIK IMEJ UNTUK PAPARAN BESAR

Pendaftaran dibuka bermula hari ini sehingga 20 March 2017. Ayuh pesikal pesikal basikal berengsel, daftar dan bersama-sama kami dalam acara tahunan ini. Istimewa tahun ini bersempena tahun melawat Perak 2017 dan Ipoh Cycle Fest 2017

Registration window is now open until 20th Mar 2017, mystery gift for the first 50 participants. Join us for an exciting event and experience in conjuction with Visit Perak Year 2017 and Ipoh Cycle Fest 2017. Perak will surprise you! A truly World of Wonders!

Where nature, culture, delicious food and warm people will take you through a journey to international heritage. Be enthralled by our natural beauty and surrender to a tranquil environment and enjoy exploring where your heart takes you.

20170203

Program untuk newbie outdoor survival


Program santai 2 hari 1 malam, sambil berkongsi ilmu basic outdoor dan survival. Sesuai untuk mereka yang baru berjinak-jinak dengan dunia outdoor dan survival. Makan minum sendiri.

Khemah sendiri, boleh maklumkan kami jika tiada khemah.

Bayaran masuk dan tapak khemah Sg. Congkak boleh bayar masa nak masuk.

Kami akan menyediakan peralatan asas utk program seperti fly, compass, nota, fire kit, parang, first aid kit dan lain lain lagi.

Tarikh 18 -19 Februari 2017 

Apa yg akan dikongsi:

  • -basic outdoor
  • -basic survival
  • -knife handling and safety
  • -basic orienteering
  • -how to walk in the jungle
  • -basic knots and hitches
  • -bushcraft
  • -campcraft
  • -preparing your personal survival kit
  • -how to use survival kit
  • -jungle safety
  • -survival tips & tricks
  • -dan banyak lagi


RM25/pax
Kepada sahabat yang berminat nak sertai, boleh PM di FB:
https://www.facebook.com/RainforestSurvivalSciencePsychology

20170130

Camping di Sungai Kedondong

Dah lama saya nak berkhemah di sungai Kedondong. Walaupun ia terletak tidak terlalu jauh dari Kuala Lumpur, tetapi saya tidak pernah menjejakkan kaki di sana. Sungai Kedondong terletak bersebelahan jalan utama Batang Kali ke Genting. Jadi sehari sebelum cuti umum, saya mengajak seorang rakan untuk bercamping semalam di sana.

   Kami sampai di sungai tersebut pada pukul 9 pagi. Kawasan ini agak lengang pada waktu bekerja sebegini. Kami mula riki kawasan rekreasi tersebut mencari lokasi yang sesuai untuk pasang khemah dan gantung hammock. Walaupun kawasan ini dijaga oleh Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS), tetapi ada kawasan hutan yang padat dengan sampah, bagaikan seluruh sampah dikumpulkan di situ. Sakit mata melihat situasi sebegini. Ia menggambarkan mentaliti sebahagian masyarakat Malaysia yang pengotor dan tidak menjaga alam sekitar.

   Kami mencari pondok wakaf untuk bercamping kerana malas nak pasang flysheet. Lagipun sekarang musim hujan. Setelah puas reki seluruh kawasan sungai kedondong, saya memilih sebuah pondok wakaf yang lokasinya paling strategik. Walau wakaf ini kelihatan uzur, tetapi ia terletak paling terpencil berbanding wakaf-wakaf yang lain. Dan yang paling penting, ia betul-betul bersebelahan sungai. Saya mengantungkan hammock di tiang wakaf yang diperbuat dari simen, manakala rakan pula memasang khemah lipat di dalam wakaf.



   Tiba-tiba datang seorang lelaki mengatakan bahawa dia pekerja dari Majlis Daerah Hulu Selangor yang menjaga kawasan tersebut. Rupanya perlu ada kebenaran dari pihak Majlis jika ingin bermalam di sini. Kemudian beliau mengatakan untuk bermalam, ada bayaran dikenakan. Aduh, tempat awam macam ni pun ada bayaran rupanya.

   Cas bayaran yang dikenakan untuk bermalam adalah RM50. Tiada cas untuk kegunaan waktu siang. Kita juga perlu ada surat polis mengatakan yang kita bermalam di situ. Kami tidak ada surat polis. Beliau meminta tambahan RM50 untuk beliau pergi ke pejabat polis Batang Kali untuk mendapatkan surat tersebut. Walaupun saya agak sangsi dan was-was dengan kredibiliti lelaki ini, tetapi demi keselamatan saya hulurkan RM100. 

   Saya benci berkhemah yang dikenakan bayaran macam duduk chalet. Sekali lagi saya ulang, saya benci berkhemah yang dikenakan bayaran macam duduk chalet. 

   Apa-apa pun, redha sahajalah. Mungkin dengan duit tersebut, dapat membantu pihak MDHS menjaga kawasan Sungai Kedondong ini menjadi lebih baik.

Sungai Kedondong yang sangat dingin airnya.

Roti cicah kari ayam Adabi untuk makan tengahari.

Kehijauan hutan yang mendamaikan

2 awek saya yang sentiasa ikut bercamping.

Nasi goreng untuk makan malam. Botol air 5L menjadi lampu camping.

Semestinya tidur dalam hammock jauh lebih selesa dari tidur dalam khemah

   Suasana di Sungai Kedondong waktu malam dan awal pagi sangat sejuk. Sungainya juga menusuk tulang. Terketar-ketar badan masa mandi pagi di sungai ini. Dengar katanya sungai Kedondong mengalir dari Genting Highland. Mungkin kerana itu airnya sangat dingin.

   Pagi ini kami tidak memasak sarapan. Kami berjalan kaki ke warung nasi lemak ditepi jalan. Memang asyik dapat nasi lemak dengan ayam goreng berempah panas-panas di waktu pagi sejuk begini. Pakcik tokey kedai itu bertanya kami dari mana. Saya menjawab kami berkhemah dan bermalam di tepi sungai kedondong.

Pakcik itu kelihatan terkejut. Dia bertanya:

"Dua orang sahaja?"

"Ya, dua orang sahaja" jawab saya

"Berani ya.. Dulu ada sekumpulan budak muda berkhemah kat situ. Tengah malam diorang semua cabut  lari balik rumah sebab kena kacau makhluk halus" ujar pakcik tersebut dengan muka risau.

"......"

   Saya hanya gelak kecil. Rakan saya pula sambung makan dengan muka cuak. Tak pasti pakcik itu sekadar bergurau atau betul-betul serius.

  Selesai makan, kelihatan kereta dan motor tidak putus-putus memasuki kawasan rekreasi sungai Kedondong. Rupanya ramai datang berkelah pada hari cuti. Keadaan mulai sesak dan sangat merimaskan. Kami mengambil keputusan untuk pulang awal hari itu.

   Nota akhir, jika ingin bercamping di sana, sila buat surat polis dahulu. Dan jangan sekali-kali bercamping pada waktu cuti. Sesak macam pasar malam.. hehe
      

20170126

Bermalam di hulu Sungai Lepoh

Ini pertama kali saya sampai di sungai Lepoh. Tak rancang pun nak bermalam di sana. Cadangnya nak bercamping di sebuah sungai terpencil yang saya jumpa dalam google map. Tapi tak jumpa jalan. Aplikasi GPS telefon pula tidak tepat lantaran kurangnya line telefon. Semasa mencari line, terjumpa signboard kecil sungai Lepoh. Tak jumpa tali, akar berguna juga. So tukar plan.

Sungai Lepoh didereti dengan pelbagai chalet. Jadi saya pergi menghulu ke atas sehingga berjumpa beberapa pondok kayu. Ianya agak sunyi (mungkin kerana hari bekerja) dan letaknya betul-betul bersebelahan sungai. Apalagi, sangkut hammock dalam pondok, bentang tikar dan terjun sungai.

Tengah sedap berendam, tiba-tiba datang seorang pakcik meminta bayaran sewa pondok. Oh, ada bayaran rupanya. Sehari RM25. Jadi jika nak bermalam beliau kira RM50. Badan pun dah basah, hammock pun dah terikat, jadi bayar sahaja lah. Rezeki pakcik tu. Hehe

Sungai yang tenang mengalir

Nampak ke dasar. Level paras pinggang budak sekolah rendah.

Pondok tua ini masih mampu menampng berat tuan empunya hammock. Hehe

Makan tengahari, nasi briani kambing Brahmin. Makan dengan cili padi. Pergh..

Botol mineral + headlamp = lampu camping

Makan malam, sup kambing Adabi (kambing lagi). Cicah roti.. marvelous 

Pagi disahut bunyi air sungai di selang-seli ngauman motor penduduk kampung

Sungainya sejuk. Ikan-ikan kecil akan berkerumun bila kita mencecahkan kaki ke dalam sungai. Cuma waktu tengahari memang panas sebab tiada pokok yang menaungi pondok. Lokasi ini agak dekat dengan jalan raya.namun tak banyak kenderaan yang melalui jalan tersebut. 

Mengikut kata orang di sana, hari Sabtu dan Ahad penuh dengan pengunjung. Sangat sesuai untuk berkelah dengan famili ataupun sekadar bersantai. Cuma tidak terlalu natural kerana dekat dengan perumahan, chalet dan jalan raya. Saya tak pasti akan datang semula atau tidak. RM50 tu semalam.. Biarlah masa menentukan.

     

20170116

IPOH FOLDIES OPEN DAY 2017

Jika ada sesiapa berminat, boleh hubungi nombor tertera dibawah untuk info lanjut.
Klik imej untuk paparan besar
           

20161210

Berkayak di Ban Canal Sg. Sireh


Ban Canal Sg.Sireh adalah suatu kawasan perkampungan yang sangat mendamaikan. Tali air dan sungainya yang panjang serta pemandangan sawah padinya memang memukau sesiapa yang mendambakan suasana tenang. Saya bersama 2 orang rakan menyusuri Ban Canal (Sungai Tengi) menggunakan kayak untuk merasai keheningan sungai ini. Suatu pengalaman yang sangat awesome.

Tiada masalah melawan arus kerana tidak deras.
Diseberang sungai adalah hutan simpan.
Sesuai untuk trip berkayak
Mungkin banyak ikan di sini kerana ada kocakan di dalam air setiap kali saya menghampiri tebing berumput.

Berehat sebentar sambil berteduh bawah pokok
Bekal roti coklat dan air mineral.
Pakai kayak cabuk pun ok je. Cuma life-jacket jangan lupa. Itu wajib.

Lain kali nak xpdc sepanjang sungai sambil camping. Azam 2017. Hehe
Aktiviti berkayak kali ini hanya untuk survey kawasan. Mungkin kami (atau saya secara solo) akan menyusuri sungai ini dari pangkal ke hujung sambil bercamping. Di Malaysia ni banyak tempat tersembunyi yang menarik yang saya tak tahu. Moga tahun baru nanti lebih banyak aktiviti yang dapat dilaksanakan. Amin.
   

20161207

Foldie Touring Putrajaya-Melaka

Penjelajahan group basikal lipat Kuala Selangor dari Putrajaya ke Melaka. Sangat awesome.



Lawati Facebook group mereka di: https://www.facebook.com/groups/1226312504095540

20161115

Bukit Seri Bintang

Pernah naik Bukit Sri Bintang? Bukan Bukit Bintang dekat bandaraya KL ya! Bukit Sri Bintang terletak di Kepong. Bukitnya tidaklah tinggi tetapi untuk day trip secara solo memang sudah memadai.

Saya terjumpa info mengenai bukit ini dari google search. Mencari tempat-tempat sebegini memang hobi saya bila kebosanan. Hehe. So di pagi yang tenang, saya terus menuju ke sana.


Pintu masuk ke bukit di jalan Seri Bintang 8

Denai permulaan
Boleh pilih laluan denai atau pun laluan bertangga
Pertengahan jalan
Sampai di puncak. Ada pencawang elektrik di situ.
Tentu pemandangannya sangat awesome pada waktu malam
Puncak ke-2

Ada dua bukit di sini. Bukit ke-2 tidak berapa jauh. Bukit itu juga mempunyai pencawang elektrik di puncaknya. Denai di sini sangat jelas, jadi tak perlu risau tersesat jalan.


Menuju bukit ke-2

Laluan sedikit berbatu menuju ke puncak bukit

Perjalanan terpaksa dibatalkan. Bunyi petir sambung-menyambung. Langit pun makin gelap. Saya rasa tentu bahaya duduk di puncak bukit berdekatan pencawang elektrik semasa kilat memancar. Jadi next time la sambung penjelajahan Bukit Seri Bintang.


Hujan turun renyai-renyai kemudian mula lebat. Nasib baik bawa baju hujan. 

Bukit Seri Bintang adalah bukit yang sempoi untuk didaki secara santai. Sesuai untuk senaman pagi dan petang. Jika anda tinggal di Lembah Klang, bolehlah singgah di sini untuk beriadah bersama keluarga atau rakan-rakan. Cuma pastikan jangan buang sampah merata-rata. Hehe.
          

20141111

INTELLECTUAL CONVERSATIONS.


"I have the deepest affection for intellectual conversations. The ability to just sit and talk. About love, about life, about anything, about everything. To sit under the moon with all the time in the world, the full-speed train that is our lives slowing to a crawl. Bound by no obligations, barred by no human limitations. To speak without regret or fear of consequence. To talk for hours and about what’s really important in life."
 
By: Unknown
     

20141027

ANTARA PUNCA PHOBIA AIR.


Mesti budak-budak tu trauma lepas main rafting ni. Kucing tu lagi la. Mungkin terus phobia bila tengok air. Hehe.

PS: Tapi jangan risau, saya yakin kucing itu hasil photoshop. ;)
 

20141022

SKEG LAURA SUDAH SAMPAI.

Skeg baru.
Jika sahabat semua pernah terbaca dalam post sebelum ini, kayak inflatable saya yang bernama Laura telah kehilangan skeg. Skeg adalah sejenis sirip di bawah kayak. Fungsinya untuk memudahkan kayak membelah air. Dalam erti kata lain mudah untuk bergerak lurus.

Tanpa skeg, sukar sedikit mendayung kayak inflatable kerana ia akan melelong kiri dan kanan. Skeg yang baru ini saya beli dari seorang pemilik kayak K2 explorer dari US. Beliau seorang jurutera pembuatan. Oleh itu beliau mencipta sendiri skeg ini mengikut ilmu kejuruteraan yang dia ada.

Skeg asal dari syarikat Intex berwarna hitam dan nipis. Skeg yang dibuat oleh mamat ini berwarna putih dan tebal. Memang agak fit bila dipasang pada slot skeg bawah kayak. Memang ketat dan susah untuk keluarkan balik.

Harga jualan dalam RM50 duit Malaysia. Tapi bila campur shipping dari US ke Malaysia, cecah RM100. Huhu. Redha je lah.

Ok, sekarang skeg dah ada. Barulah ada semangat nak pergi turun berkayak. Next adventure coming soon. Stay tuned.

  

20141014

RECCE KAWASAN.

Maaf, post kali ini bukan mengenai kayak. Hehe.

Sudah lama saya ingin meninjau hutan belantara di kawasan perumahan saya. Dari mata kasar, nampak biasa sahaja. Sama seperti hutan bersemak di mana-mana kawasan perumahan. Tetapi bila lihat dari google satellite map, kelihatan menarik kerana ia agak luas dan tersorok dari pandangan manusia. Saya tertanya-tanya apa yang terdapat di dalam hutan ini.

Jadi hari ini saya telah membuat recce (tinjauan) ke sana berseorangan. Namun saya hanya mampu recce di pinggir hutan tersebut kerana tidak membawa parang. Saya ada menjumpai beberapa denai yang saya rasa laluan haiwan (mungkin anjing liar). Atau mungkin juga laluan manusia yang telah lama ditinggalkan kerana banyak pohon renek telah menutupi denai tersebut.

Pinggir hutan.
Kawasan curam.
Bukit berbatu.
Pemandangan dari bawah bukit berbatu. Ohsem!
Dalam asyik memerhati keadaan sekeliling, saya terlihat kelibat seekor burung hantu yang agak besar berada beberapa meter di hadapan saya. Tidak pasti burung hantu spesis apa, tetapi kelihatan sangat gah mengepak-gepak sayapnya. Saya cuba rakam menggunakan kamera telefon namun tidak beberapa jelas. Jika anda ingin melihat videonya, boleh klik di bawah:

Maaf, kualiti kamera tidak beberapa jelas. Klik 'setting' dan pilih resolusi 720 untuk lebih jelas.

Jika anda perhatikan pada saat 0.03 - 0.18 bahagian atas kanan video, ada seekor lagi burung hantu sedang tidur. Sebenarnya ada 2 ekor burung hantu. Selepas saya menutup kamera telefon, ia terjaga & terbang betul-betul disebelah pokok saya berdiri. Memang satu pengalaman yang ohsem kerana saya tidak pernah melihat burung jenis ini di kawasan perumahan saya sejak 10 tahun tinggal di sini.

Saya pasti akan datang semula ke sini dengan peralatan yang lengkap seperti parang, tali dan teropong. Harap-harap saya dapat menjumpai sesuatu yang menarik di dalamnya. Stay tuned.

20141002

KURSUS KAYAK STAR 1 (TITIWANGSA)


Jemputan kepada mereka yang berminat. Terbuka kepada umum dan beginner.
Kursus Kayak STAR 1.


Tarikh : 1-2 nov 2014 (Sabtu - Ahad)
Masa : 7.30am - 6.00pm
Tempat : Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur
Penyertaan : Maksimum 15 orang sahaja
Yuran : RM 75/org (nota, jurulatih, peralatan shj) - makan & penginapan SENDIRI.

Anjuran : Buddy First Resources

DENGAN KERJASAMA :
* Persatuan Kanu Malaysia (MASCA)
* Lembaga Pendidikan Kanu Kebangsaan (MBOCE)
* Persatuan Sukan Kanu Kuala Lumpur (KLCSA)

TARIKH TUTUP PENYERTAAN berserta BAYARAN 23 OKTOBER 2014 (Khamis)

Berminat?
Whatsapp:  017-637 7803
   

20141001

BAGAIMANA MEMILIH KASUT UNTUK BERKAYAK.


Sewaktu mula-mula menceburi aktiviti berkayak, saya tertanya-tanya kasut apakah yang sesuai untuk aktiviti ini. Macam-macam jawapan yang saya dapat dari pelbagai sumber. Ada yang mengatakan water shoes (translate kasut air?), ada yang pilih sandal, malah ada yang kata pakai selipar jepun pun boleh.

Namun jawapan yang terbaik rasanya perlu datang dari pengalaman sendiri. Saya ingin bertanya 1 soalan. Pernah tak pasir atau batu-batu kecil masuk ke dalam kasut anda? bagaimana rasanya? rimas? tidak selesa? Ianya tidak dapat dielakkan dalam berkayak terutamanya dalam ekspedisi seharian atau lebih.

Oleh itu, saya mengambil kira 4 kriteria sebelum membeli kasut untuk berkayak. Kriteria ini jarang diperkatakan oleh kayakers tetapi pada saya agak penting demi keselesaan sewaktu berkayak. 

4 kriteria itu adalah:
  1. Mudah masuk, susah keluar.
  2. Susah masuk, susah keluar.
  3. Mudah masuk, mudah keluar,
  4. Susah masuk, mudah keluar.
Bunyi macam pelik. jom kita lihat penerangan setiap kriteria tersebut.

1. Mudah masuk, susah keluar.
Kasut jenis ini adalah kasut yang paling menganggu keselesaan sewaktu aktiviti berkayak. ia mempunyai lubang-lubang kecil yang kononnya untuk memudahkan air keluar masuk. Masalahnya pasir-pasir halus mudah memasuki kasut melalui lubang-lubang tadi tetapi sukar untuk  keluar semula hinggalah anda terpaksa membuka kasut dan mengeluarkan ia secara manual. Contoh-contoh kasut sebegini seperti:

Cantik. Tetapi ianya adalah perangkap pasir dan batu-batu kecil.
Saya rasa ia lebih sesuai untuk aktiviti hiking. Sistem pengudaraannya adalah sangat superb.

2. Susah masuk, susah keluar.
Kebanyakkan kasut khas untuk sukan air jatuh dalam kategori ini. Selalunya ia diperbuat dari fabrik neoprene yang elastik membuatkan ia mengikut bentuk kaki hingga tiada ruang untuk pasir atau batu-batu kecil masuk ke dalamnya. Namun andai kata ada pasir yang dapat masuk, ianya tidak akan keluar kecuali anda membuka kasut dan mengeluarkan ia sendiri. Contoh-contoh kasut sebegini seperti:

Kasut khas untuk aktiviti air.
Pasir sukar masuk. Tapi kalau dapat masuk memang susah keluar. Kena buka kasut untuk keluarkannya.

3. Senang masuk, senang keluar.
Kebanyakkan sandal (bukan semua) adalah didalam kategori ini. Pasir mudah masuk dan mudah keluar. Anda akan rasa dibawah telapak kaki penuh dengan butiran pasir apabila berjalan di dalam air. Namun bila anda naik ke atas kayak, anda hanya perlu goyang-goyangkan kaki seketika dalam air dan pasir-pasir tadi akan keluar dengan mudah. Contoh kasut yang jenis ini:
Pasir mudah masuk dan keluar.
Ianya lebih cepat kering berbanding kasut biasa.

4. Susah masuk, senang keluar.
Saya tidak pasti samada kasut kriteria ini wujud atau tidak. Jika ia wujud, mungkin inilah kasut paling ideal untuk saya gunakan semasa berkayak.
--------------------

Saya lebih suka memilih kasut kriteria ke-3 kerana ianya tidak memerlukan saya membuka kasut untuk membuang pasir. Namun perlu diingat, ada faktor-faktor lain yang perlu juga diambil kira dalam memilih kasut untuk berkayak seperti kualiti kasut, cepat kering atau tidak, geografi kawasan yang kita akan berkayak, panjang-pendek tempoh ekspedisi, jenis aktiviti (contoh berkayak 1 jam kemudian jungle trekking 8 jam) dan lain-lain.
 
PS: Saya pernah menggunakan selipar jepun untuk berkayak atas nasihat seseorang. Akhirnya selipar saya telah melekat pada selut lumpur semasa kayak terbalik dan tidak dapat dijumpai hingga sekarang. Mungkin ia berkubur di dasar sungai untuk selama-lamanya.